Analisis penggunaan E-Tech Trainer sebagai alat interaktif dalam pembelajaran litar elektrik

Authors

  • Rosniza Ramli Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, KM 8 Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu
  • Nor Hafizah Che Hassan Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, KM 8 Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu
  • Norazlinawati Mat Yaacob Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, KM 8 Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu

Keywords:

: e-Tech Trainer, TVET, Pembelajaran Litar Elektrik, Alat Bantu Mengajar Interaktif

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan e-Tech Trainer sebagai alat bantu mengajar interaktif dalam kursus Electrical Circuits 1 (DET10103) di politeknik. Kaedah kuantitatif digunakan dengan melibatkan 44 orang pelajar semester satu melalui soal selidik yang dibina dan disahkan dengan nilai Alpha Cronbach 0.96. Dapatan menunjukkan bahawa skor min bagi hampir semua item berada dalam kategori tinggi (3.36–3.68), mencerminkan tahap penerimaan yang positif terhadap penggunaan alat ini dalam meningkatkan kefahaman, minat, dan keyakinan pelajar terhadap topik berkaitan litar elektrik. Item yang paling tinggi ialah keberkesanan alat dalam membantu memahami konsep asas, manakala item paling rendah menunjukkan keperluan penambahbaikan pada aspek kemudahan penggunaan. Secara keseluruhan, kajian ini menyokong keberkesanan e-Tech Trainer sebagai inovasi pengajaran yang relevan dan berimpak dalam pendidikan TVET. Kajian ini turut menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 4) dalam menyediakan pendidikan berkualiti, inklusif, dan mampu meningkatkan kemahiran pelajar selaras keperluan industri.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-06-26

How to Cite

Ramli, R., Che Hassan, N. H., & Mat Yaacob, N. (2025). Analisis penggunaan E-Tech Trainer sebagai alat interaktif dalam pembelajaran litar elektrik. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 8(27), 46–53. Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/3092