Kajian keberkesanan pelaksanaan inovasi AProB Kit

Authors

  • Najwa Shahida Mohamad Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, No. 4, Jalan Politeknik, KKIP Barat, Kota Kinabalu Industrial Park, Politeknik Kota Kinabalu, 88460 Kota Kinabalu, Sabah.
  • Norina Yadin Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sandakan Sabah, Education Hub, Batu 10, Jalan Sungai Batang, 90000 Sandakan, Sabah.
  • Noor Azlyn Ab. Ghafar Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, KM 08 Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman

Keywords:

AProB Kit, microcontroller, Arduino UNO

Abstract

Inovasi AProB Kit merupakan sebuah kit yang direka untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran bagi pengguna pemula Arduino serta mereka yang baru mempelajari kaedah membangunkan projek menggunakan microcontroller Arduino UNO. Kit ini dibangunkan berasaskan kaedah penggabungan antara pembelajaran secara visual menggunakan TinkerCad dan pembelajaran praktikal melalui set komponen yang telah disediakan. Penggabungan dua kaedah ini bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar, sekali gus menghasilkan sesi pembelajaran yang lebih berkesan. Kajian keberkesanan inovasi ini mempunyai dua objektif utama, iaitu untuk mengukur tahap kepuasan pengguna dan menilai tahap keberkesanan inovasi ini.. Rekabentuk kajian adalah berbentuk kuantitatif, menggunakan kaedah tinjauan melalui borang soal selidik yang diedarkan secara atas talian menggunakan platform Google Form. Penilaian dijalankan dengan menggunakan skala Likert 1 hingga 5. Responden kajian terdiri daripada 49 orang pelajar Politeknik Sandakan Sabah yang mengikuti kursus Basic Robotic and Automation System in Agriculture. Data kajian dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS 27.0 untuk mendapatkan nilai min bagi keberkesanan alat inovasi ini. Elemen penilaian yang diambil kira dalam kajian ini meliputi rekabentuk alat inovasi, peralatan, keselamatan, dan tahap kefungsian. Hasil analisis menunjukkan bahawa inovasi AProB Kit berada pada tahap yang baik dengan purata skor min melebihi 4.00. Dapatan kajian ini diharapkan dapat membuktikan keberkesanan alat inovasi ini dalam menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan efektif.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-06-19

How to Cite

Mohamad, N. S., Yadin, N., & Ab. Ghafar, N. A. (2025). Kajian keberkesanan pelaksanaan inovasi AProB Kit. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 8(27), 38–45. Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/3083