Analisis tahap kepuasan penghuni asrama terhadap persekitaran pembelajaran serta kesannya terhadap prestasi akademik pelajar

Authors

• Nik Ahmad Farizan Nik Lah Politeknik Besut Terengganu

Keywords:

Kolej kediaman, tahap kepuasan, prestasi akademik

Abstract

Kolej kediaman bukan sahaja berfungsi sebagai tempat tidur, namun sangat penting dalam membentuk pengurusan belajar dalam kalangan pelajar. Walaupun begitu, ianya bergantung kepada sejauh mana kolej kediaman tersebut mampu memberikan sokongan kepada pembelajaran penghuninya. Berdasarkan kepada isu ini, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap kepuasan penghuni kolej kediaman yang disediakan oleh Politeknik Besut Terengganu terhadap persekitaran pembelajaran, dan sejauh mana tahap kepuasan persekitaran pembelajaran mampu memberi kesan terhadap prestasi akademik mereka. Seramai 184 pelajar daripada tiga program di Politeknik Besut Terengganu iaitu Diploma Reka Bentuk Fesyen Batik, Diploma Reka Bentuk Kraf dan Diploma Teknologi Maklumat mengambil bahagian dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik. Analisis kajian ini menggunakan analisis deskriptif untuk mengukur tahap persetujuan pelajar terhadap item kajian dalam borang soal selidik berdasarkan nilai min. Berdasarkan kepada analisis yang dijalankan, majoriti responden sangat berpuas hati terhadap persekitaran pembelajaran di kolej kediaman Politeknik Besut Terengganu. Secara puratanya, tahap kepuasan adalah pada tahap yang tinggi (min 4.126). Item yang memperoleh skor min tertinggi (min 4.418) adalah bilik tidur di asrama, di mana responden bersetuju bahawa bilik tidur mereka adalah selesa untuk aktiviti pembelajaran. Manakala bagi kesan terhadap pembelajaran, majoriti pelajar juga bersetuju bahawa tinggal di kolej kediaman kampus meningkatkan prestasi akademik mereka. Secara puratanya, tahap kepuasan adalah pada tahap yang tinggi (min 4.126). Responden bersetuju bahawa bilik tidur mereka adalah selesa untuk aktiviti pembelajaran (min 4.418). Dapatan kajian ini dapat membantu pihak pengurusan institusi untuk membuat penambahbaikan terhadap fasiliti dan perkhidmatan kolej kediaman, seterusnya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif untuk menyokong kecemerlangan akademik pelajar.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

Nik Ahmad Farizan Nik Lah, Politeknik Besut Terengganu

The International Journal of Accounting, Finance and Business (IJAFB) is an academic, refereed journal published quarterly (March, June, September and December). This journal provides open access to its content on the principle that making research journal and academic manuscript freely available to the public supports a greater global exchange of knowledge. IJAFB publishes articles and theoretical reviews. IJAFB aims to address conceptual paper, book & article review, theoretical and empirical research issues that impact the development of Accounting, Finance and Business as an educational and scientific discipline, and promote its efficiency in the economic, social and cultural contexts.
The publication for this refereed journal are quarterly (March, June, September and December). The journal aims to publish all quality submission in time to ensure the impact of humanities research quickly conveyed, examined, and disseminated worldwide. Simultaneously, it visions to become the benchmark for the research and publications in all the fields of tourism, hospitality and environment management and to promote the superior standards globally. This journal uses double-blind review, which means that both the reviewer and author identities are concealed from the reviewers, and vice versa, throughout the review process. To facilitate this, authors need to ensure that their manuscripts are prepared in a way that does not give away their identity

Downloads

Published

2025-06-03

How to Cite

Nik Lah, N. A. F. (2025). Analisis tahap kepuasan penghuni asrama terhadap persekitaran pembelajaran serta kesannya terhadap prestasi akademik pelajar. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 8(27), 9–16. Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/3046