Hubungan antara motivasi akademik dan motivasi sukan dalam kalangan pelajar sukan dan rekreasi Universiti Kebangsaan Malaysia

Authors

  • Zafirah Izzati Mustafa Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia
  • Nur Shakila Mazalan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia

Keywords:

Motivasi akademik, motivasi sukan, pelajar universiti, keseimbangan akademik dan sukan, pembangunan holistik

Abstract

Motivasi memainkan peranan penting dalam pencapaian akademik dan kecemerlangan dalam bidang sukan. Kajian ini bertujuan untuk meneliti hubungan antara motivasi akademik dan motivasi sukan dalam kalangan pelajar Sukan dan Rekreasi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan pendekatan tinjauan melalui soal selidik yang diedarkan kepada 150 orang pelajar. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian statistik bagi menentukan korelasi antara kedua-dua pemboleh ubah. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara motivasi akademik dan motivasi sukan. Ini menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai tahap motivasi sukan yang tinggi cenderung untuk memiliki motivasi akademik yang tinggi juga. Dapatan ini mengukuhkan lagi kepentingan keseimbangan antara akademik dan sukan dalam memastikan pembangunan holistik pelajar. Kajian ini mencadangkan agar pihak universiti dan pihak berkepentingan lain menyediakan sokongan serta program pembangunan motivasi yang dapat membantu pelajar mengimbangi kedua-dua aspek ini dengan lebih berkesan.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-04-15

How to Cite

Mustafa, Z. I., & Mazalan , N. S. (2025). Hubungan antara motivasi akademik dan motivasi sukan dalam kalangan pelajar sukan dan rekreasi Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 8(26), 545–554. Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/3022