Hubungan antara corak orientasi matlamat dan tahap keagresifan dalam kalangan atlet berpasukan di Universiti Kebangsaan Malaysia

Authors

  • Muhammad Zuhair Norazmi Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia
  • Nur Shakila Mazalan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia

Keywords:

Orientasi Matlamat, Keagresifan, Ketahanan Mental, Kecerdasan Emosi, Atlet Berpasukan

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara corak orientasi matlamat dan
tahap keagresifan dalam kalangan atlet berpasukan di Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM). Dengan menggunakan pendekatan kuantitatif, data dikumpul melalui dua soal selidik
utama iaitu TEOSQ dan JAMBYSQ yang diedarkan secara dalam talian kepada 120 atlet
berumur antara 18 hingga 27 tahun yang aktif dalam sukan seperti bola sepak, bola jaring,
hoki, bola tampar, dan ragbi. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS untuk mendapatkan
nilai korelasi dan tahap signifikansi hubungan antara variabel. Analisis menunjukkan bahawa
terdapat hubungan signifikan sederhana antara orientasi ego dengan keagresifan tinggi (r =
0.498, p < 0.001) dan hubungan rendah antara orientasi tugasan dan keagresifan (r = 0.278,
p = 0.002). Perbincangan menunjukkan bahawa atlet dengan orientasi ego lebih cenderung
menunjukkan keagresifan bermusuhan, manakala atlet berorientasikan tugasan menunjukkan
keagresifan yang terkawal dan bersifat instrumental. Hasil kajian ini menegaskan perlunya
pembangunan program psikologi dan latihan kendiri bagi meningkatkan kawalan emosi dan
mengurangkan tingkah laku agresif dalam kalangan atlet berpasukan, sejajar dengan nilai
kolektivisme dan kerjasama dalam budaya Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-04-15

How to Cite

Norazmi, M. Z., & Mazalan, N. S. (2025). Hubungan antara corak orientasi matlamat dan tahap keagresifan dalam kalangan atlet berpasukan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 8(26), 533–544. Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/3021