Hubungan antara ketahanan mental dan motivasi intrisik atlet Universiti Kebangsaan Malaysia

Authors

  • Mohamad Adnan Mohamed Aslam Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi 43600, Selangor, Malaysia
  • Nur Shakila Mazalan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi 43600, Selangor, Malaysia

Keywords:

Ketahanan mental, motivasi intrinsik, atlet universiti, prestasi sukan

Abstract

Kajian ini meneliti hubungan antara ketahanan mental dan motivasi intrinsik dalam kalangan atlet Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seramai 120 atlet UKM (74 lelaki, 46 perempuan) telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Analisis deskriptif menunjukkan tahap ketahanan mental berada pada tahap sederhana dengan nilai min bagi keyakinan (3.51), keteguhan (3.50) dan kawalan (3.40). Manakala, motivasi intrinsik berada pada tahap tinggi dengan nilai min bagi intrinsic regulation (3.71), integrated regulation (3.77) dan identified regulation (3.70). Keputusan analisis korelasi menunjukkan hubungan positif yang signifikan antara ketahanan mental dan motivasi intrinsik (p < 0.005) dengan identified regulation mencatatkan korelasi tertinggi terhadap keyakinan (r = 0.581), keteguhan (r = 0.470) dan kawalan (r = 0.492). Dapatan ini menunjukkan bahawa atlet dengan ketahanan mental yang lebih tinggi cenderung untuk memiliki tahap motivasi intrinsik yang lebih kuat seterusnya meningkatkan prestasi sukan mereka. Implikasi kajian ini menekankan kepentingan program pembangunan sukan yang memberi penekanan kepada aspek psikologi atlet bagi meningkatkan daya tahan dan motivasi mereka.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-04-15

How to Cite

Mohamed Aslam, M. A., & Mazalan, N. S. (2025). Hubungan antara ketahanan mental dan motivasi intrisik atlet Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 8(26), 521–532. Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/3020