Peranan sosial, demografi, persekitaran kampus, minat dan prospektus kerjaya terhadap pemilihan program sijil fesyen dan pakaian

Authors

  • Hajar Yusop Kolej Komuniti Batu Gajah

Keywords:

Faktor pemilihan, minat, sijil fesyen dan pakaian

Abstract

Program reka bentuk fesyen yang ditawarkan di institusi pendidikan umumnya bagi melengkapkan pelajar dengan kemahiran sedia industri dan pengetahuan fesyen yang kukuh sebagai haluan kerjaya pada masa hadapan. Kajian ini dijalankan untuk menilai sejauh mana peranan sosial, demografi, persekitaran kampus, minat dan prospektus kerjaya terhadap minat dalam bidang pakaian dan fesyen dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Batu Gajah. Sampel kajian yang digunakan adalah seramai 41 pelajar Kolej Komuniti Batu Gajah (KKBG).  Teknik pensampelan adalah secara rawak supaya setiap pelajar mempunyai peluang untuk menyertai kajian ini. Manakala instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik Google Form yang diedarkan secara dalam talian. Data yang diperoleh akan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai skor min. Untuk menilai sejauh mana peranan sosial, demografi, persekitaran kampus, minat dan prospektus kerjaya terhadap pemilih program tersebut. Hasil kajian mendapati dorongan ibu bapa merupakan faktor utama daripada lima faktor yang mendorong pelajar untuk memilih program ini. Kajian ini penting untuk memahami faktor pendorong pelajar terhadap program fesyen dan pakaian di tawarkan oleh institusi ini bagi merangka pelan strategik untuk menggalakkan lebih ramai pelajar mengambil program ini dan memberikan pelajar panduan tentang kerja pada masa hadapan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-05-13

How to Cite

Yusop, H. (2025). Peranan sosial, demografi, persekitaran kampus, minat dan prospektus kerjaya terhadap pemilihan program sijil fesyen dan pakaian. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 8(26). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2968