Faktor yang mempengaruhi pencapaian penilaian berterusan pelajar

Authors

  • Hasimah Salleh Politeknik METrO Betong, Sarawak

Keywords:

Media sosial, pengurusan masa, fokus pembelajaran

Abstract

Pencapaian Prestasi dalam  Penilaian Berterusan Pelajar merupakan elemen yang sangat penting untuk memastikan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dijalankan untuk menilai prestasi pencapaian penilaian berterusan pelajar, mengenal pasti sikap negatif pelajaran dalam pembelajaran dan menentukan hubungan antara sikap negatif pelajaran dalam pembelajaran terhadap kemerosotan pencapaian prestasi akademik. Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah kaedah Kuantitatif. Sample kajian terdiri daripada pelajar Politeknik METrO Betong Sarawak menggunakan teknik pensempelan rawak. Instrumen soal selidik digunakan untuk  mengumpul data dan di analisis menggunakan analisis deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan antara sikap negatif dalam pembelajaran terhadap kemerosotan prestasi penilaian berterusan. Sikap utama yang mempengaruhi prestasi akademik pelajar adalah banyak gangguan apabila belajar (min 3.044), pelajar tidak membuat jadual belajar bagi subjek (2.858), dan  jarang belajar dalam kumpulan,(2.690). Masalah utama yang dihadapi oleh sebahagian pelajar ialah pelajar sering mengulang penilaian kursus (2.858) dan sering gagal dalam sebarang penilaian (1.965). Dapatan kajian ini akan membantu penyelidik lain yang berminat dalam isu prestasi akademik seperti memodelkan prestasi akademik pelajar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-04-15

How to Cite

Salleh , H. (2025). Faktor yang mempengaruhi pencapaian penilaian berterusan pelajar. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 8(26), 474–481. Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2965