Kajian pasaran penawaran Program Diploma Pengurusan Operasi Peruncitan mode Work-Based Learning (WBL), Politeknik METrO Kuala Lumpur.
Keywords:
Pembelajaran Berasaskan Kerja, TVET, Pengurusan Operasi Peruncitan, Kebolehpasaran GraduanAbstract
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) merupakan satu saluran untuk memproses dan menghasilkan tenaga mahir tempatan, malahan juga sebagai enjin pembangunan negara. Ia juga merupakan salah satu matlamat utama negara menjelang tahun 2025. Program TVET diperkasakan secara berkala mengikut jadual akreditasi yang ditetapkan. Kajian ini dijalankan berpandukan Prosedur Operasi Standard (SOP) penawaran program dan garis panduan analisis keperluan program. Matlamat utama kajian ini adalah untuk menilai program Diploma Pengurusan Operasi Peruncitan Mod Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL) di Politeknik METrO Kuala Lumpur, khususnya dari segi kesesuaian kandungan teori dan praktikal, serta keselarasan dengan permintaan industri peruncitan. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah campuran yang menggabungkan metodologi kuantitatif dan kualitatif untuk mengumpul maklum balas yang lengkap melalui soal selidik dan soalan terbuka. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif, dan keputusan dipaparkan dalam bentuk taburan frekuensi, jadual, dan rajah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa program ini mendapat permintaan yang tinggi, dengan kandungan teori dan praktikal yang signifikan, serta berpotensi melahirkan graduan yang sangat berkelayakan dan mampu memenuhi keperluan industri peruncitan dengan berkesan.