Minat untuk menjadi usahawan eko-pelancongan: Kajian dalam kalangan pelajar
Keywords:
Ekopelancongan, keusahawanan, minat pelajar, cabaran, faktor pengaruhAbstract
Industri pelancongan dan hospitaliti merupakan salah satu segmen ekonomi Malaysia yang kian pesat berkembang. Perluasan dan pertumbuhan produk pelancongan yang meningkat telah mencipta kerjaya yang luas. Perkembangan industri eko-pelancongan telah menjadi trend terkini di Malaysia dan dunia amnya. Ini kerana aktiviti eko-pelancongan lebih menjurus kepada pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang merupakan tujahan utama sebagai produk yang diketengahkan dalam rangka mempromosi kepelbagaian produk pelancongan. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana minat pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan eko-pelancongan serta mengenal pasti faktor yang mempengaruhi minat tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui pengedaran soal selidik kepada pelajar di Politeknik Tawau Sabah. Pelajar juga meyakini bahawa bidang eko-pelancongan ini mempunyai potensi besar untuk menjana pendapatan mereka kelak ekoran daripada produk-produk eko-pelancongan ini lebih banyak diperolehi daripada alam semulajadi yang berada di komuniti mereka sendiri seperti flora, fauna, warisan traditional, tanah tinggi, laut, hutan dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cabaran seperti kekurangan modal dan ilmu pengetahuan yang perlu diatasi oleh para pelajar sebelum terjun ke dalam bidang keusahawanan eko-pelancongan. Dapatan daripada kajian ini dapat membantu institusi pendidikan dan pihak berkepentingan dalam merangka strategi bagi meningkatkan kesedaran dan peluang keusahawanan dalam sektor eko-pelancongan.