Pengurusan risiko dalam aktiviti perkhemahan: Kajian pengalaman pelajar dalam menghadapi risiko alam semula jadi

Authors

  • Mohd Azmi Juan Politeknik Tawau Sabah
  • Dicky Wiwittan Toto Ngadiman Politeknik Tawau Sabah

Keywords:

Pengurusan risiko, Perkhemahan, Alam semula jadi

Abstract

Aktiviti perkhemahan sering menjadi pilihan dalam program kokurikulum bagi pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi. Namun, risiko yang berkaitan dengan alam semula jadi seperti hujan lebat, banjir kilat, tanah runtuh, serangan haiwan liar, dan perubahan cuaca yang ekstrem boleh memberi ancaman kepada keselamatan pelajar. Kekurangan persediaan dan pengetahuan dalam menguruskan risiko ini boleh menyebabkan kecederaan atau kejadian yang tidak diingini. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengurusan risiko dalam aktiviti perkhemahan dalam kalangan pelajar Politeknik Tawau Sabah. Kajian ini menggunakan borang soal selidik 5-likert dan diedarkan kepada pelajar secara rawak menggunakan google form. Seramai 211 orang pelajar telah menjawab borang soal selidik. Hasil analisis menunjukkan bahawa pengetahuan pelajar mengenai pengurusan risiko adalah pada tahap yang sederhana. Berdasarkan min tertinggi, dapatan kajian menunjukkan bahawa sebarang penganjuran aktiviti luar perlu menyediakan peralatan keselamatan yang mencukupi bagi mengelak sebarang risiko berlaku semasa aktiviti dilakukan. (Min: 4.123) Kajian ini penting bagi memberikan kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya mempunyai pengetahuan dalam pengurusan risiko sebelum melakukan aktiviti luar sekaligus dapat mengurangkan risiko kemalangan semasa melakukan aktiviti.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-05-04

How to Cite

Juan, M. A., & Ngadiman , D. W. T. (2025). Pengurusan risiko dalam aktiviti perkhemahan: Kajian pengalaman pelajar dalam menghadapi risiko alam semula jadi. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 8(26). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2950