Analisis kualiti penghasilan tugasan berlaporan di kalangan pelajar Kolej Komuniti Selandar

Authors

  • Md Hidayat Abd Jalil Kolej Komuniti Selandar

Keywords:

Kualiti Penulisan, Tugasan Berlaporan, Pelajar Kolej Komuniti, Penulisan Akademik, Bimbingan Pensyarah, Pentaksiran Autentik

Abstract

Tugasan berlaporan merupakan salah satu komponen pentaksiran autentik yang digunakan bagi menilai tahap kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik serta keupayaan mereka dalam menyampaikan maklumat secara teratur, analitik dan sistematik. Namun, kajian awal mendapati terdapat pelbagai kelemahan dalam aspek penghasilan laporan, termasuk dari segi struktur penulisan, ketepatan kandungan, gaya bahasa dan pematuhan kepada format akademik yang ditetapkan. Justeru, Kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap kualiti penghasilan tugasan berlaporan dalam kalangan pelajar di Kolej Komuniti Selandar. Kaedah kuantitatif digunakan menerusi edaran soal selidik kepada pelajar daripada pelbagai program pengajian sebagai instrumen pengumpulan data. Berdasarkan hasil analisis data daripada 217 responden pelajar Kolej Komuniti Selandar, didapati tahap kualiti penghasilan tugasan berlaporan secara keseluruhan adalah tinggi. Namun, terdapat beberapa bahagian yang menunjukkan ruang untuk penambahbaikan, terutamanya dalam aspek pengurusan masa dan pemantapan kefahaman pelajar terhadap pematuhan format akademik secara lebih sistematik.. Kajian ini mencadangkan beberapa strategi seperti pelaksanaan bengkel penulisan akademik secara berkala, penyediaan templat dan panduan tugasan yang jelas, serta pengukuhan peranan pensyarah dalam penyeliaan. Kesimpulannya, penemuan kajian ini diharap dapat membantu meningkatkan mutu pelaksanaan penulisan tugasan berlaporan serta menyokong usaha berterusan dalam memperkasakan kualiti pengajaran dan pembelajaran di institusi ini

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-04-15

How to Cite

Abd Jalil, M. H. (2025). Analisis kualiti penghasilan tugasan berlaporan di kalangan pelajar Kolej Komuniti Selandar. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 8(26), 393–402. Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2931