Keberkesanan video animasi YouTube dalam mempromosikan pelancongan komuniti.

Authors

  • Mohamad Zulhilmy Mohamad Yusop Politeknik Tawau Sabah, KM36, Jalan Balung, 91000 Tawau, Sabah, Malaysia

Keywords:

video, animasi, promosi, pelancongan, komuniti

Abstract

Hari ini, semua perkara boleh dicipta melalui teknologi dalam talian sama ada menggunakan komputer mahupun telefon pintar. Dalam masa yang sama digitalisasi dapat menyebarkan maklumat dengan lebih luas. Tamsilnya laman sesawang, perkongsian video, aplikasi permesejan, perisian merekabentuk dan media sosial dalam talian merupakan antara platform yang sering digunakan untuk tujuan ini. Apatah lagi penggunaannya adalah percuma dan dapat diakses oleh semua lapisan umur. Hal ini menyebabkan platform-platform ini adalah perantara pilihan utama untuk memperkenal, mempromosi dan berkongsi sesuatu. Berdasarkan senario ini, kajian ini dijalankan untuk meninjau keberkesanan video animasi YouTube dalam mempromosikan pelancongan komuniti yang tidak terkenal. Untuk mendapatkan data, instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang diedarkan kepada sampel responden secara dalam talian dan seramai 51 orang awam telah mengambil bahagian secara sukarela. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa video animasi YouTube berkesan dalam mempromosikan pelancongan komuniti terutamanya perasaan ingin tahu responden terhadap lokasi tarikan; inspirasi responden untuk meneroka tarikan yang kurang dikenali dalam komuniti; dan gambaran imaginatif tentang pelancongan komuniti untuk melancong yang mungkin wujud setelah menonton video animasi YouTube. Ini juga menunjukkan video animasi YouTube berkesan dalam mempromosikan pelancongan komuniti kerana kandungan animasi yang menarik, menimbulkan rasa ingin tahu tentang tarikan, dan mampu memberi inspirasi kepada mereka untuk menerokai destinasi yang kurang menonjol dalam konteks pelancongan komuniti. Dalam masa yang sama, ianya dapat mempromosikan pelancongan komuniti kepada semua lapisan masyarakat. 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-04-15

How to Cite

Mohamad Yusop, M. Z. (2025). Keberkesanan video animasi YouTube dalam mempromosikan pelancongan komuniti. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 8(26), 386–392. Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2930