Impak pengiktirafan Malaysia Book of Records dan media sosial terhadap pemasaran dan jualan: Kajian Kes Lemang Daun Lerek
Keywords:
Pengiktirafan Malaysia Book of Records, Lemang Daun Lerek Greenwood, media sosial, pemasaran digital, pengaruh pengiktirafan, impak penarafanAbstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai impak pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) dan media sosial terhadap pemasaran dan jualan produk Lemang Daun Lerek Greenwood, sebuah perniagaan kecil yang terkenal di Gombak. Pengiktirafan ini diberikan kepada Lemang Daun Lerek Greenwood selepas mereka mencatatkan rekod sebagai 'Longest Non-Stop Lemang Cooking Session' pada tahun 2025. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengumpul data melalui wawancara terbuka bersama pengurus dan pelanggan perniagaan tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengiktirafan MBR telah memberikan kesan positif terhadap kesedaran jenama, di mana pelanggan baru mudah mengenali produk dan menunjukkan minat untuk membeli. Selain itu, media sosial telah digunakan secara efektif sebagai saluran untuk mempromosikan pengiktirafan seterusnya memperluaskan jangkauan pasaran dan mempertingkatkan kredibiliti perniagaan. Peningkatan dalam jualan turut dilaporkan selepas pengiktirafan dengan ramai pelanggan yang datang untuk merasai sendiri lemang yang terkenal. Kajian ini menyimpulkan bahawa pengiktirafan oleh MBR dan media sosial bukan sahaja meningkatkan kesedaran jenama, tetapi juga memberikan impak positif terhadap pertumbuhan jualan. Sebagai cadangan, perniaga boleh memanfaatkan lebih banyak platform digital dan kerjasama dengan pempengaruh untuk terus mengembangkan pasaran mereka. Kajian ini memberi sumbangan penting dalam memahami bagaimana pengiktirafan rasmi dapat memberi kelebihan kepada perniagaan kecil dalam pemasaran dan pertumbuhan jualan