Tahap penggunaan simulasi AI dalam pembelajaran kejuruteraan awam
Keywords:
Simulasi, kecerdasan buatan AI, kejuruteraan awamAbstract
Kemunculan Kecerdasan Buatan (AI) dilihat banyak membantu dalam pembelajaran. Namun begitu, sejauhmana pelajar mengambil kesempatan untuk mengaplikasikannya dalam pembelajaran mereka. Bagi pelajar kejuteraan awam, antara alat AI yang mereka boleh gunakan adalah alat atau perisian menjalankan simulasi menggunakan AI. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan dengan dua objektif iaitu untuk a) mengenal pasti tahap anda menggunakan alat simulasi AI dan b) mengenal pasti kesan penggunaan simulasi AI dalam proses pembelajaran. Responden kajian ini adalah seramai 76 pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Awam dari beberapa Politeknik. Kajian ini dijalankan mengikut pendekatan kuantitatif. Instrumen kajian adalah soal selidik 5-skala likert yang dibina sendiri berdasarkan kepentingan simulasi dalam pembelajaran yang banyak dibincangkan dalam kajian terdahulu. Analisis kajian ini menggunakan analisis untuk mengukur tahap persetujuan pelajar terhadap item kajian dalam borang soal selidik berdasarkan nilai min. Hasil analisis mendapati a) tahap penggunaan bagi semua alat atau perisian yang dicadangkan dalam kajian ini menunjukkan tahap penggunaan yang rendah, dan b) responden sangat bersetuju bahawa simulasi AI sangat membantu mereka memahami konsep kejuruteraan awam dengan lebih baik (min 4.013) dan simulasi AI menjadikan pembelajaran mereka menjadi lebih menarik (min 4.053). Kajian ini penting supaya institusi juga mengemaskini pengetahuan pelajar dengan kecanggihan AI supaya pelajar lebih peka dan cekap dalam pembelajaran dan tidak ketinggalan dengan arus teknologi.