Persepsi pelajar terhadap etika penggunaan AI dalam bidang pengukuran kuantiti

Authors

  • Zuhaida Iberahim Politeknik Kota Bharu, 16450 Ketereh, Kelantan
  • Zarra Banu Hannani Abdul Rahim Politeknik Kota Bharu, 16450 Ketereh, Kelantan
  • Norhanida Ghazalli Politeknik Kota Bharu, 16450 Ketereh, Kelantan

Keywords:

Bil Kuantiti, etika AI, persepsi pelajar, pendidikan politeknik, pengukuran kuantiti

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap aplikasi kecerdasan buatan (AI) dalam pengukuran kuantiti dengan penekanan pada pertimbangan etika. Khususnya dalam kursus Quantity Surveyor (QS), di mana pelajar diajar untuk menilai dan mengukur kuantiti bahan daripada lukisan untuk mencipta Bill of Quantities (BQ), teknologi kecerdasan buatan (AI) menjadi semakin relevan dalam pendidikan. Kajian ini melihat persepsi pelajar terhadap etika AI dalam pengukuran kuantiti bangunan dalam konteks pendidikan politeknik. Kajian telah dijalankan dalam kalangan 44 orang pelajar QS di Politeknik Kota Bharu menggunakan soal selidik berstruktur. Instrumen ini meliputi data demografi, kesedaran AI, persepsi etika, penilaian risiko dan pengalaman praktikal pelajar. Analisis deskriptif melalui SPSS mendedahkan bahawa walaupun 93.2% pelajar mengetahui AI, hanya 11.4% mempunyai pengalaman praktikal dengan alatan AI. Kebanyakan pelajar mengakui implikasi etika AI, dengan 70.5% sangat bersetuju tentang keperluan untuk pertimbangan etika, dan 63.6% menyokong kemasukan etika AI dalam kurikulum. Kebimbangan utama yang diketengahkan termasuk privasi data (38.6%) dan tanggungjawab profesional (20.5%). Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun pelajar mengakui potensi AI dalam meningkatkan kefahaman terhadap kursus pengukuran kuantiti, namun ramai yang kurang memahami kesan etikanya. Hasil kajian ini akan menyokong keperluan untuk memasukkan modul etika AI ke dalam kurikulum QS, seterusnya boleh merangka keperluan lain seperti kesediaan fasiliti dan lain-lain . Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan jurang antara kesedaran teknologi dan pemahaman etika dalam kalangan pelajar QS. Memasukkan etika AI dalam rangka kerja pendidikan adalah penting untuk membangunkan profesional yang cekap dan bertanggungjawab secara moral dalam era pembangunan digital.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-04-15

How to Cite

Iberahim, Z., Abdul Rahim, Z. B. H., & Ghazalli, N. (2025). Persepsi pelajar terhadap etika penggunaan AI dalam bidang pengukuran kuantiti. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 8(26), 320–336. Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2922