Pemilihan menu restoran: Kajian gelagat dalam pemesanan makanan halal di restoran

Authors

  • Rosilah Man Politeknik Tawau Sabah, KM36, Jalan Balung, 91000 Tawau, Sabah, Malaysia

Keywords:

makanan halal, gelagat pemesanan, kesedaran

Abstract

Makan di restoran atau di luar dilihat sudah menjadi kebiasaan Makanan yang halal bukan sahaja dapat mematuhi syariat Islam, namun umumnya makanan yang halal adalah bersih, berkhasiat serta sihat. Namun begitu, sejauh mana komuniti hari ini mengambil berat berkaitan makanan halal. Oleh yang demikian untuk menjawab persoalan ini, kajian ini bertujuan untuk sejauh mana komuniti Politeknik Tawau Sabah (PTS) yang terdiri daripada 58 staf dan pelajar mengambil berat berkaitan isu halal dalam pesanan makanan mereka. Kajian ini menggunakan teknik pensampelan rawak. Data di kumpul menggunakan soal selidik yang mengandungi menggunakan Google Form secara dalam talian. Analisis data dilakukan menggunakan statistik deskriptif untuk menentukan tahap kesedaran menggunakan min. Hasil kajian menunjukkan bahawa masih ramai individu yang sangat prihatin terhadap isu halal dalam pembelian makanan di luar. Walaupun begitu, masih lagi terdapat segelintir individu yang tidak peduli berkaitan dengan isu halal dalam pembelian makanan sama ada di restoran atau secara dalam talian. Kajian ini penting untuk membantu pihak institusi bagi memberi kesedaran kepada komuniti khususnya dan penyedia perkhidmatan makanan memahami keperluan pelajar terhadap makanan halal dan merangka strategi untuk meningkatkan kemudahan dan kesedaran mengenai makanan halal di kalangan pelajar

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-04-15

How to Cite

Man, R. (2025). Pemilihan menu restoran: Kajian gelagat dalam pemesanan makanan halal di restoran. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 8(26), 299–304. Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2915