Strategi penyelesaian kepada masalah pembelajaran matematik dalam kalangan pelajar semester 2 di Politeknik Kota Kinabalu

Authors

  • Najwa Shahida Mohamad Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Kota Kinabalu
  • Masni Tasmin Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Kota Kinabalu
  • Shahzan Hafiz Samsudin Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Kota Kinabalu

Keywords:

strategi penyelesaian, masalah pembelajaran Matematik, Matematik Kejuruteraan

Abstract

Pelbagai faktor telah dibincangkan oleh sarjana terdahulu berkenaan masalah pembelajaran dalam subjek Matematik dan salah satu diantaranya adalah keberkesanan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti strategi penyelesaian kepada masalah pembelajaran Matematik dalam kalangan pelajar semester 2 yang mengikuti kursus Matematik Kejuruteraan 2 di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah bagi sesi II 2023/2024. Seramai 65 orang pelajar telah bertindak sebagai sampel bagi kajian ini. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kuantitatif dengan menggunakan analisis statistik deskriptif. Instrumen yang digunakan untuk mengenal pasti strategi penyelesaian kepada masalah pembelajaran Matematik ini adalah dengan menggunakan borang soal selidik yang mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A adalah berkaitan dengan maklumat diri responden sementara Bahagian B mengandungi 4 soalan dengan beberapa pilihan jawapan yang berbeza. Hasil kajian menunjukkan para pelajar lebih cenderung memilih strategi membuat tugasan ulangan sekiranya pelajar mendapat markah yang rendah dengan peratusan sebanyak (47.7%) diikuti dengan memberi nota awal sebelum kelas supaya pelajar boleh membuat persiapan dengan peratusan sebanyak (35.4%). Terdapat juga segelintir pelajar yang mencadangkan beberapa strategi lain yang dirasakan sesuai untuk diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas seperti pensyarah disarankan untuk mengawal tahap penyampaian di dalam kelas agar pelajar lebih mudah memahami input yang disampaikan. Justeru, kajian ini adalah sangat penting bagi pensyarah-pensyarah khususnya dalam memperbaiki kaedah pengajaran agar sesi pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Matematik Kejuruteraan 2 khususnya akan lebih efektif sebagai langkah untuk meningkatkan pencapaian dan pemahaman pelajar dengan lebih baik. Beberapa cadangan strategi akan diperjelaskan dengan lebih terperinci dalam kajian ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-04-15

How to Cite

Mohamad , N. S., Tasmin , M., & Samsudin , S. H. (2025). Strategi penyelesaian kepada masalah pembelajaran matematik dalam kalangan pelajar semester 2 di Politeknik Kota Kinabalu. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 8(26), 288–298. Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2914