Tinjauan terhadap penggunaan perkhidmatan internet wi-fi percuma dan internet berbayar dalam kalangan pelajar di Politeknik Tawau Sabah
Keywords:
internet, Wi-Fi, internet berbayarAbstract
Internet merupakan perkara yang sangat diperlukan oleh pelajar pada masa kini. Untuk membantu pelajar, Politeknik Tawau Sabah (PTS) menyediakan kemudahan perkhidmatan Wi-Fi internet percuma. Namun begitu seolah-oleh pelajar tetap tidak menggunakan kemudahan ini dan tetap membeli kuota internet sendiri. Berdasarkan senario ini, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sejauh mana tahap penggunaan internet berbayar berbanding Wi-Fi percuma dalam kalangan pelajar. Untuk mendapatkan data, instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang diedarkan kepada sampel pelajar secara dalam talian. Seramai 84 pelajar telah mengambil bahagian dalam kajian ini secara sukarela. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa kuota internet pelajar lebih baik berbanding Wi-Fi politeknik. Pelajar juga lebih memilih menggunakan internet berbayar kerana ianya lebih stabil, walaupun Wi-Fi percuma disediakan di politeknik. Kajian ini juga mendapati bahawa data mudah alih pelajar lebih sesuai untuk tujuan pembelajaran berbanding Wi-Fi percuma di institusi. Selain itu, kajian ini mendedahkan bahawa majoriti pelajar menggunakan sebahagian kuota data internet mereka untuk tujuan bukan pembelajaran seperti media sosial. Kajian ini menjelaskan bahawa Wi-Fi yang disediakan oleh PTS dilihat kurang relevan kepada pelajar memandangkan pelajar boleh membeli banyak pilihan internet yang sesuai dengan keperluan penggunaan mereka