Tahap pencapaian Course Learning Outcome (CLO) kursus DCC 20053 Mechanic of Civil Engineering Structure Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)
Keywords:
Pencapaian pelajar, Pencapaian CLO, kursus DCC 20053Abstract
Pencapaian pelajar merupakan petunjuk penting dalam mengukur kecemerlangan akademik pelajar melalui usaha dan ketekunan dalam menguasai ilmu dan kemahiran. Di politeknik pencapaian pelajar dinilai melalui penilaian kerja kursus dan peperiksaan akhir bagi kursus yang tertentu. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti peratus pencapaian kelulusan pelajar dan mengenalpasti peratus pencapaian Course Learning Outcome (CLO) bagi kursus DCC20053 Mechanic of Civil Engineering Structure. Kajian ini melibatkan dua puluh sembilan orang pelajar yang mendaftar kursus DCC20053 pada sesi I 2023/2024 di Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), PSMZA. Analisa keputusan kajian menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan data pencapaian pelajar peperiksaan akhir dan pencapaian CLO pelajar yang di perolehi dari Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik, (SPMP): i-exam dalam paparan analisa pencapaian penilaian akhir dan analisa Course Outcome Review Report (CORR). Hasil kajian menunjukkan peratus pencapaian dengan gred C ke atas adalah 72.4%, lulus gred E sebanyak 20.7% dan 6.9% gagal gred E pada sesi I 2023/2024. Peratus pencapaian CLO bagi kursus ini menunjukkan CLO 1C (apply the faundemental knowledge and principles in mechanic clearly) adalah 67.7%, CLO 2C (Analyze structure behavior in determinate structure precisely) sebanyak 57.3 % dan CLO 3P (Construct the diagram related to bending stress and deflection of determinate beam) 79.1%. Ini menunjukkan keseluruhan peratus kelulusan pelajar mendapat gred C & ke atas dan pencapaian CLO telah mencapai sasaran 70% dan melebihi 50% yang ditetapkan. Diharapkan dapatan kajian ini memberikan gambaran keseluruhan kepada pensyarah dan pihak pengurusan JKA untuk membuat continous quality improvement (CQI) bagi meningkat peratus pencapaian pelajar dan pencapaian CLO dalam meningkatkan kualiti pencapaian pelajar.