Kebolehkerjaan konkrit menggunakan abu daun buluh sebagai bahan tambah

Authors

  • Rosmida Ab Ghani Civil Engineering Department, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu
  • Ernita Mohammed Civil Engineering Department, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu

Keywords:

Abu Daun Buluh, Kebolehkerjaan, Konkrit

Abstract

Perkembangan industri pembinaan telah merangsang penggunaan bahan tambah dalam bancuhan konkrit. Bahan buangan juga dipertimbangkan sebagai bahan tambah menggantikan penggunaan simen disebabkan kenaikan harga Ordinary Portland Cement (OPC) pada masa kini. Abu daun buluh dilihat sebagai bahan buangan yang tiada nilai selain digunakan sebagai baja komposit dan perubatan tradisional. Kajian ini memfokuskan kepada penggunaan abu daun buluh sebagai pengganti simen dalam bancuhan konkrit. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kebolehkerjaan bancuhan konkrit menggunakan 0%, 5% dan 10% abu daun buluh sebagai bahan tambah. Nisbah bancuhan konkrit yang digunakan adalah 1:1:2 gred C30 sebagai rujukan. Bancuhan konkrit disediakan dengan tiga bancuhan iaitu bancuhan konkrit biasa, bancuhan konkrit yang ditambah 5% dan 10% abu daun buluh. Ujian yang dijalankan untuk mengenalpasti kebolehkerjaan adalah ujian penurunan (slump test). Peralatan yang digunakan bagi ujian ini adalah slump cone dengan ketinggian 300mm dan diameter atas dan bawah masing-masing 100mm dan 200mm, rod pemadat yang diperbuat daripada keluli berdiameter 26mm sepanjang 600mm, pembaris, plat tapak dan sudip. Ujian dijalankan dengan meletakkan slump cone di atas plat tapak, konkrit basah dimasukkan ke dalam slump cone sebanyak empat lapisan, setiap lapisan dipadatkan dengan menggunakan rod pemadat sebanyak 25 kali hentaman, permukaan slump cone diratakan menggunakan sudip, slump cone ditarik secara menegak dan perlahan-lahan, slump cone diletakan bersebelahan runtuhan bagi mengukur penurunan yang berlaku dengan menggunakan pembaris. Ujian ini menggariskan tiga jenis penurunan iaitu runtuhan sebenar, runtuhan ricih dan runtuhan musnah. Bancuhan konkrit yang mengalami penurunan sebenar sahaja yang digunakan untuk kerja-kerja konkrit dalam sesuatu pembinaan. Bagi kajian ini ujian penurunan dijalankan di Makmal Konkrit, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA). Keputusan ujian mendapati bancuhan konkrit 0%, 5% dan 10% campuran abu daun buluh telah mengalami runtuhan atau penurunan masing-masing 50mm, 60mm dan 70mm. Ini menunjukkan runtuhan yang berlaku adalah runtuhan sebenar (konkrit berkualiti tinggi dengan kejelekitan dan bancuhan yang baik dan tepat mengikut nisbah). Hasil kajian menunjukkan penggunaan abu daun buluh berpotensi sebagai bahan tambah untuk meningkatkan kebolehkerjaan bancuhan konkrit yang lebih baik.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-04-15

How to Cite

Ab Ghani, R., & Mohammed, E. (2025). Kebolehkerjaan konkrit menggunakan abu daun buluh sebagai bahan tambah. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 8(26), 200–208. Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2905