Niat keusahawanan dalam kalangan pelajar inkubator perniagaan di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti (JPPKK): Teori tingkah laku terancang
Keywords:
Inkubator, niat keusahawanan, TPB, keperluan untuk pencapaianAbstract
Walaupun dengan isu pengangguran, keusahawanan berpotensi untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan sejumlah besar peluang pekerjaan baharu. Selaras dengan galakan kerajaan terhadap rakyat Malaysia untuk meneruskan kerjaya dalam bidang keusahawanan, kajian ini dijalankan untuk memastikan sama ada pelajar-pelajar inkubator perniagaan di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) mempunyai hasrat untuk menjadi usahawan selepas tamat pengajian nanti. Oleh itu, kajian ini mencadangkan niat keusahawanan dalam kalangan pelajar boleh dijelaskan menggunakan Teori Tingkah Laku Terancang (TPB) oleh Ajzen‟s (1991). Atas sebab ini, kajian ini cuba menentukan hubungan antara sikap, norma subjektif, kawalan tingkah laku yang dirasakan dalam TPB dan keperluan untuk pencapaian ke arah niat keusahawanan. Kaedah tinjauan diedarkan menggunakan persampelan bukan kebarangkalian kepada pelajar inkubator sebagai responden di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) di Malaysia. Analisis berdasarkan korelasi menunjukkan hubungan yang positif di antara sikap, norma subjektif, kawalan tingkah laku yang dirasakan dan keperluan untuk pencapaian ke arah niat keusahawanan.