Gelagat pembelajaran menggunakan Kecerdasan Buatan (AI): Kajian dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Ledang Johor
Keywords:
Gelagat, Pembelajaran, Kecerdasan Buatan (AI)Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kekerapan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pembelajaran dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Ledang serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Pendekatan kuantitatif digunakan dengan sampel seramai 112 orang pelajar dari pelbagai program. Data dikumpulkan menggunakan soal selidik skala Likert 5 mata yang dibangunkan secara kendiri. Ujian kebolehpercayaan dilakukan semula, dengan nilai Cronbach Alpha kini meningkat kepada 0.75 setelah item soal selidik ditambah baik. Analisis deskriptif dan inferensi digunakan untuk mengukur tahap penggunaan serta hubungan antara faktor demografi dan penggunaan AI. Hasil kajian menunjukkan tahap penggunaan AI dalam pembelajaran masih rendah (purata min = 2.309). Antara aplikasi AI yang kerap digunakan ialah membantu penyelesaian soalan ujian atau latihan (min=3.31), diikuti oleh membaca dan menyunting teks (min=3.18). Kajian ini turut menganalisis jurang dalam penyelidikan terdahulu, di mana kajian tentang AI dalam pendidikan lebih tertumpu kepada institusi pengajian tinggi, manakala kajian dalam konteks kolej komuniti masih terhad. Oleh itu, kajian ini mengisi kekosongan tersebut dengan memberi tumpuan kepada cabaran serta peluang penggunaan AI dalam kalangan pelajar kolej komuniti.