Pemahaman dan kesedaran penyakit sosial (hubungan songsang): Tinjauan dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Tambunan

Authors

  • Munirah Hayati Abd Halim Kolej Komuniti Tambunan

Keywords:

kesedaran, hubungan songsang, penyakit sosial

Abstract

Penyakit sosial dilihat semakin menular dalam kalangan masyarakat. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kefahaman, kesedaran dan sikap pelajar terhadap isu hubungan songsang. Sampel kajian terdiri daripada pelajar Kolej Komuniti Tambunan, di mana teknik pensampelan yang digunakan adalah pensampelan rawak. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data adalah melalui soal selidik yang diedarkan kepada pelajar. Analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis deskriptif, yang digunakan untuk menganalisis data dan mengenal pasti corak serta trend daripada jawapan responden. Dapatan menunjukkan bahawa pelajar mempunyai tahap kefahaman dan kesedaran yang sederhana mengenai isu ini, Walaupun pelajar menyedari bahaya hubungan songsang, tahap pengetahuan mereka masih lagi terbatas. Dari segi sikap, pelajar menunjukkan sikap negatif terhadap hubungan songsang, ini mencerminkan penolakan mereka terhadap hubungan yang bertentangan dengan norma agama dan fitrah semula jadi seorang manusia. Kajian ini juga penting sebagai asas untuk merangka strategi pendidikan dan kesedaran yang lebih terarah. Hasil kajian ini boleh membantu pihak berkuasa, institusi pendidikan, serta badan-badan agama dalam merancang program yang menyeluruh untuk mempertingkatkan pemahaman pelajar mengenai bahaya hubungan songsang. Melalui kempen kesedaran, ceramah agama, dan pendidikan moral, langkah-langkah ini dapat membantu membentuk sikap pelajar yang lebih positif terhadap isu ini, seterusnya membendung penyebaran hubungan songsang dalam kalangan masyarakat. Dengan pendekatan yang holistik, kajian ini memberi panduan yang jelas untuk menangani cabaran sosial ini dari perspektif Islam dan pendidikan moral yang seimbang.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-04-15

How to Cite

Abd Halim, M. H. (2025). Pemahaman dan kesedaran penyakit sosial (hubungan songsang): Tinjauan dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Tambunan. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 8(26), 146–153. Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2895