Kesan aktiviti sukarelawan terhadap pembangunan sahsiah dan kebajikan pelajar

Authors

  • Noradilah Sukor

Keywords:

Sukarelawan, Sahsiah, Kebajikan

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kategori program sukarelawan yang disertai oleh pelajar Politeknik Mersing, Johor. Isu yang timbul adalah ramai pelajar tidak menunjukkan ciri-ciri sahsiah dan kurang memberi perhatian kepada kebajikan pelajar selepas menyertai program sukarela. Ini menimbulkan persoalan sama ada program sukarela yang dilaksanakan berjaya mencapai matlamat untuk membentuk sahsiah pelajar atau tidak. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneliti kategori program sukarelawan yang paling banyak disertai oleh pelajar serta mengenal pasti kepentingan aktiviti kesukarelawanan terhadap pembangunan sahsiah dan kebajikan pelajar. Pendekatan kajian ini berbentuk kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan. Seramai 72 orang pelajar Politeknik Mersing dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik berskala nominal yang dibina sendiri tetapi telah melalui proses semakan bagi memastikan kesahihan kandungan. Kebolehpercayaan item soal selidik diuji menggunakan nilai Cronbach Alpha. Data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan kategori program sukarelawan yang paling tinggi disertai adalah Khidmat Masyarakat dengan 36 responden (13.5%). Walau bagaimanapun, penglibatan pelajar dalam aktiviti kesukarelawanan secara keseluruhan dilihat masih rendah. Malah, pelajar yang sama sahaja sering kali menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak politeknik. Kajian ini penting untuk mengenalpasti kesan aktiviti kesukarelawanan terhadap pembangunan sahsiah dan kebajikan pelajar. Hasil kajian diharapkan dapat membantu pihak institusi merangka strategi yang lebih berkesan untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti sukarelawan. Ini bagi memastikan matlamat program sukarela dalam membentuk sahsiah yang positif dapat dicapai dengan lebih efektif.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-04-15

How to Cite

Sukor, N. (2025). Kesan aktiviti sukarelawan terhadap pembangunan sahsiah dan kebajikan pelajar. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 8(26), 138–145. Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2894