Kajian keberkesanan pengurusan aktiviti pelajar kelab Multimedia Politeknik Mersing.
Keywords:
keberkesanan pengurusan, aktiviti pelajar, Kelab MultimediaAbstract
Matlamat utama pembelajaran di institusi TVET seperti Politeknik bukan sahaja untuk mengusai subjek yang diambil, tetapi pelajar mempunyai kemahiran teknikal tertentu seperti boleh menguruskan sesuatu aktiviti dengan berkesan. Salah satu kelab yang aktif di Politeknik Mersing (PMJ) adalah Kelab Multimedia. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan pengurusan aktiviti kelab ini. Kajian ini penting untuk mendapatkan laporan sejauh mana pengurusan aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab ini berjaya dalam mencapai matlamatnya serta mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanannya. Sampel kajian terdiri daripada 69 orang ahli kelab yang dipilih secara rawak. Teknik pensampelan yang digunakan adalah pensampelan rawak mudah. Analisis data dilakukan menggunakan statistik deskriptif untuk menentukan tahap keberkesanan aktiviti kelab tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa Kelab Multimedia berjaya menguruskan aktivitinya secara berkesan. Berdasarkan kepada dapatan ini, kelab Multimedia berjaya menyediakan peluang kepada ahlinya, termasuk mempamerkan hasil kerja kepada umum. Dapatan kajian ini penting untuk memberikan panduan kepada pengurusan kelab dalam memperbaiki strategi dan kaedah pengurusan aktiviti pelajar agar lebih berkesan dan menarik minat pelajar untuk terlibat secara aktif.