Kesedaran risiko penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam kalangan pelajar
Keywords:
Kesedaran Risiko, Penggunaan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI), dalam Kalangan PelajarAbstract
Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan pelajar semakin meluas, namun ketergantungan yang berlebihan terhadap teknologi ini menimbulkan persoalan tentang tahap kesedaran mereka terhadap risiko penggunaannya. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti alat AI yang sering digunakan oleh pelajar Politeknik Mersing Johor bagi menilai tahap kebergantungan mereka terhadap teknologi ini. Pendekatan kuantitatif digunakan dengan melibatkan 50 orang pelajar sebagai sampel. Data dikumpulkan melalui soal selidik 5 skala Likert yang telah dibina sendiri dan disemak, serta diuji kebolehpercayaannya menggunakan nilai Cronbach Alpha. Analisis deskriptif digunakan untuk menilai tahap penggunaan AI berdasarkan nilai min, seperti yang dicadangkan oleh Ngadiman et al. (2019), iaitu 1.00–1.99 (Lemah), 2.00–2.99 (Rendah), 3.00–3.99 (Sederhana), dan 4.00–5.00 (Tinggi). Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan AI dalam kalangan pelajar berada pada tahap tinggi, di mana majoriti pelajar menggunakan AI untuk membantu dalam penulisan (76.3%), menghasilkan dokumen berkualiti tinggi, dan menyediakan kandungan akademik. Oleh itu, kajian ini penting bagi membantu institusi pendidikan merangka langkah-langkah yang sewajarnya bagi meningkatkan kesedaran pelajar mengenai risiko penggunaan AI. Dengan adanya kesedaran yang lebih tinggi, pelajar dapat memanfaatkan teknologi ini dengan lebih bertanggungjawab dan beretika, sekali gus mengurangkan risiko kebergantungan melampau terhadap AI dalam proses pembelajaran mereka.