Faktor penglibatan pelajar dalam aktiviti rekreasi semasa waktu senggang
Keywords:
Faktor penglibatan, aktiviti rekreasi, Waktu SenggangAbstract
Rekreasi adalah merupakan satu aktiviti yang dilakukan ketika masa lapang, tanpa sebarang paksaan yang dapat memberikan kesan yang positif daripada sudut psikologi dan sosial seterusnya memberikan kebaikan dari aspek mental dan fizikal. Namun dalam era globalisasi ini, penglibatan aktiviti rekreasi dilihat semakin berkurangan dalam kelompok masyarakat termasuklah dalam kalangan pelajar. Justeru kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor utama penglibatan pelajar Politeknik Tawau Sabah dalam aktiviti rekreasi semasa waktu senggang. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan pendekatan borang soal selidik 5-likert yang diedarkan secara rawak kepada pelajar dalam talian. Seramai 211 pelajar telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Hasil analisis menunjukkan bahawa penglibatan pelajar dalam aktiviti rekreasi adalah pada tahap yang sederhana. Berdasarkan kepada min tertinggi, dapatan ini menunjukkan faktor utama penglibatan pelajar dalam aktiviti rekreasi adalah untuk meningkatkan kemahiran sosial dan komunikasi (min 3.995). Kajian ini penting bagi institusi pendidikan khususnya untuk meningkatkan lagi kemudahan atau prasarana serta keselamatan dalam aktiviti sukan rekreasi dan sokongan sosial termasuk rakan-rakan dan ahli keluarga bagi meluangkan masa untuk berekreasi.