Peranan pelajar TVET Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti dalam pelancongan berasaskan komuniti di Sabah

Authors

  • Arif Ikhsan Azizi Program Sijil Operasi Perhotelan, Kolej Komuniti Beaufort, 89807 Beaufort, Sabah, Malaysia
  • Nur Khaironisa Wet Program Sijil Operasi Perhotelan, Kolej Komuniti Beaufort, 89807 Beaufort, Sabah, Malaysia.
  • Wasti Dominic Program Sijil Operasi Perhotelan, Kolej Komuniti Beaufort, 89807 Beaufort, Sabah, Malaysia.

Keywords:

Pelajar TVET, Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti, Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBT), Sabah

Abstract

Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBT) merupakan satu pendekatan pelancongan yang semakin mendapat perhatian kerana potensinya dalam mempromosikan pembangunan mampan, di samping memperkasa komuniti tempatan. Dalam konteks Sabah, yang kaya dengan biodiversiti dan budaya tempatan, pelajar dalam jurusan Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti khususnya pelajar-pelajar dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) memainkan peranan penting dalam memperkasa CBT. Kajian ini bertujuan untuk menilai peranan pelajar dalam jurusan Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti terhadap pembangunan Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBT) di Sabah. Melalui soal selidik yang merangkumi dimensi pengetahuan, penglibatan, dan sikap, dapatan kajian menunjukkan responden iaitu pelajar dalam jurusan Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti TVET, mempunyai tahap pengetahuan dan kesedaran yang tinggi terhadap konsep CBT, dengan sikap positif terhadap pembangunan pelancongan komuniti. Dapatan kajian juga menunjukkan pelajar dalam jurusan Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti TVET dilihat memainkan peranan penting dalam mempromosikan program pelancongan berasaskan komuniti melalui media sosial atau saluran lain pelancongan mampan, di samping terlibat secara langsung dalam merancang projek pelancongan untuk komuniti tempatan. Dapatan kajian ini menunjukkan pelajar sebagai agen perubahan utama dalam memperkasakan pelancongan berasaskan komuniti di Sabah. Kajian ini menyerlahkan keperluan untuk meningkatkan pendedahan praktikal dan latihan lapangan dalam kurikulum TVET. Penemuan ini memberikan panduan kepada institusi pendidikan dan penggubal dasar dalam memperkukuhkan peranan pelajar TVET sebagai agen perubahan dalam pembangunan pelancongan berasaskan komuniti di Sabah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-03-27

How to Cite

Azizi, A. I., Wet, N. K., & Dominic, W. (2025). Peranan pelajar TVET Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti dalam pelancongan berasaskan komuniti di Sabah. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 8(26), 67–75. Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2885