Kesedaran pelajar di Kolej Komuniti Tambunan Terhadap pelanggaran etika dan plagiarisme dalam penulisan menggunakan kecerdasan buatan
Keywords:
kecerdasan buatan, plagiarisme, penulisan akademikAbstract
Sejak kebelakangan ini isu berkaitan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam penulisan akademik yang boleh membawa kepada pelanggaran etika, khususnya plagiarisme, sering menjadi bahan perbincangan banyak penyelidikan mahupun di platform media sosial. Berdasarkan kepada isu ini, kajian perlu dijalankan untuk menilai sendiri situasi ini di institusi masing-masing. Justeru itu, objektif kajian adalah untuk mengenal pasti pengalaman pelajar menggunakan teknologi AI dan tahap kesedaran mereka terhadap isu plagiarisme. Di samping itu kajian ini dijalankan untuk menilai cadangan yang lebih efektif untuk mengatasi masalah ini. Kajian ini menggunakan teknik pensampelan rawak untuk mendapatkan data menggunakan instrumen kajian soal selidik 5-skala likat yang diedarkan secara dalam talian. Analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis deskriptif untuk mendapatkan min persetujuan responden. Hasil kajian berkaitan pengalaman penggunaan AI mendapati majoriti responden bersetuju bahawa AI membantu pelajar dalam mempercepatkan penulisan. Bagi aspek kesedaran, tahap kesedaran responden adalah pada tahap sederhana berkaitan risiko plagiarisme dan pelanggaran etika jika AI digunakan tanpa panduan. Bagi cadangan pilihan untuk mengatasi plagiarisme, majoriti responden bersetuju bahawa institusi perlu menyediakan panduan khusus dan memberi penekanan terhadap nilai etika dalam penggunaan AI. Kajian ini penting dijalankan bagi membantu Kolej Komuniti Tambunan memastikan integriti akademik dikekalkan khususnya dalam bidang penulisan.