Profil inovasi bata pasir: Penggantian kulit cengkerang laut sebagai campuran aggeragat halus

Authors

  • Mohd Sobri Hassan Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Kota Bharu, Km24 16450 Ketereh Kelantan, Malaysia
  • Mohd Fadly Abdullah Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Kota Bharu, Km24 16450 Ketereh Kelantan, Malaysia

Keywords:

Bata pasir, cengkerang laut, penggantian aggregat halus

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai potensi penggunaan cengkerang laut sebagai bahan gantian separa bagi aggregat halus dalam pembuatan bata simen. Penggunaan pasir yang meluas dalam industri pembinaan di Malaysia telah menimbulkan kebimbangan terhadap kesan ekologi dan kelestarian sumber. Oleh kerana cengkerang laut mudah diperolehi, pengkaji menjadikannya sebagai bahan alternatif bagi mengurangkan kebergantungan kepada pasir sebagai aggregat halus. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan profil bata simen yang mana aggregat halus digantikan dengan cengkerang laut dalam nisbah 0%, 5%, 15%, 25%, 30%, 35%, dan 50%. Profil yang dikaji adalah berkaitan hubungan kadar resapan air dan kekuatan mampatan yang diperolehi berbanding nisbah campuran aggregat halus baharu. Acuan bata digunakan ialah 215mm x 103mm x 65mm. Ujian makmal dilaksanakan selepas 28 hari. Didapati kadar resapan air meningkat dengan peningkatan peratus gantian agregat halus (campuran cengkerang). Pada 0% gantian (tanpa cengkerang), kadar resapan air adalah 7.33%. Manakala pada 50% gantian (gantian maksimum), kadar resapan air mencapai nilai tertinggi iaitu 15.94%. Kesan maksimum pada kadar resapan tertinggi adalah pada 50% gantian agregat halus, menunjukkan bahawa bata dengan kandungan cengkerang tinggi lebih berliang. Manakala kekurangan kekuatan mampatan terjadi apabila berlaku peningkatan peratus gantian agregat halus menggunakan cengkerang. Pada 0% gantian, kekuatan mampatan tertinggi ialah 6.97 N/mm². Pada 50% gantian, kekuatan mampatan menurun drastik kepada 2.50 N/mm², mencerminkan penurunan kekuatan sebanyak 64%. Beban maksimum menunjukkan penurunan dengan peningkatan peratus gantian agregat halus (0% gantian) pada beban purata tertinggi (153.54 kN). Manakala (50% gantian) didapati beban purata terendah (54.78 kN). Setiap penambahan 5%-10% cengkerang dalam agregat halus mengurangkan kekuatan mampatan secara beransur-ansur. Penurunan yang ketara bermula selepas 25% gantian, dengan kekuatan mampatan purata jatuh di bawah 5 N/mm². Secara keseluruhannya, dengan penambahan cengkerang dalam campuran agregat halus meningkatkan kadar resapan air dalam bata pasir. Ini menunjukkan bahawa bata menjadi lebih poros terbentuk apabila agregat cengkerang digunakan pada peratusan tinggi. Oleh itu, kandungan cengkerang perlu disesuaikan berdasarkan keperluan struktur untuk memastikan prestasi bata optimum. Kekuatan mampatan optimum bata pasir tanpa cengkerang (0% gantian) menunjukkan prestasi terbaik dari segi kekuatan mampatan. Penggunaan cengkerang boleh digunakan dalam jumlah kecil (<50%) jika kekuatan mampatan yang tinggi tidak menjadi keutamaan. Kesan gantian tinggi agregat pasir dengan cengkerang pada peratusan tinggi (>50%) tidak sesuai untuk aplikasi struktur yang memerlukan daya tahan tinggi, akan tetapi bagi menghasilkan bata biasa, gantian kurang daripada 50% cengkerang masih mematuhi kekuatan piawai.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-03-27

How to Cite

Hassan, M. S., & Abdullah, M. F. (2025). Profil inovasi bata pasir: Penggantian kulit cengkerang laut sebagai campuran aggeragat halus. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 8(26), 45–58. Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2883