Amalan penggunaan plastik dalam komuniti Taman Sri Indah: Satu kajian kes

Authors

  • Nurul Balqis Zamzuri Arifin Jabatan Fizik, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Sharifah Zahra Asyikin Syed Ahmad Jabatan Fizik, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Anis Diyana Halim Jabatan Fizik, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

Amalan, Kesedaran, Penggunaan plastik

Abstract

Penggunaan plastik telah menjadi suatu isu yang membimbangkan kerana impaknya terhadap alam sekitar, kesihatan manusia dan haiwan. Amalan dan kesedaran manusia merupakan antara faktor yang menyumbang kepada masalah dalam penggunaan plastik. Kajian ini dijalankan bertujuan bagi menerokai amalan dan juga kesedaran penggunaan plastik dalam komuniti di Taman Sri Indah, Tanjong Malim, Perak. Kajian ini merupakan satu kajian kes dan data dikumpul menggunakan instrumen temu bual kepada 5 responden yang merupakan komuniti di Taman Sri Indah. Hasil kajian menunjukkan komuniti di Taman Sri Indah mempunyai amalan penggunaan plastik yang hampir sama dan mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap isu ini. Oleh itu, masyarakat perlu diberi penekanan yang lebih lagi bagi meningkatkan kesedaran mereka dan amalan yang bijak dalam penggunaan plastik.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-12-31

How to Cite

Zamzuri Arifin, N. B., Syed Ahmad, S. Z. A., & Halim, A. D. (2024). Amalan penggunaan plastik dalam komuniti Taman Sri Indah: Satu kajian kes. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 7(25), 100–109. Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2740