Menganalisis jejak karbon dari kenderaan komuniti di Taman Bahtera: Satu kajian kes
Keywords:
Jejak Karbon, Gas Rumah Hijau, Kenderaan KomunitiAbstract
Jejak karbon merujuk kepada jumlah keseluruhan pelepasan gas rumah hijau, terutamanya karbon dioksida (CO₂), yang dihasilkan oleh aktiviti manusia. Ini termasuk aktiviti harian seperti penggunaan kenderaan bermotor, pengeluaran dan penggunaan tenaga, pembuangan sampah, serta pengeluaran dan pengangkutan produk. Jejak karbon diukur dalam unit ton atau kilogram setara CO₂ (CO₂e) dan merupakan indikator penting dalam menilai impak persekitaran seseorang, organisasi, atau komuniti. Mengurangkan jejak karbon adalah penting untuk memerangi perubahan iklim dan meminimumkan kesan negatif terhadap alam sekitar. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis jejak karbon yang dihasilkan oleh kenderaan komuniti di Taman Bahtera. Penyelidikan ini melibatkan 30 responden yang mengisi borang soal selidik dan 3 responden yang terpilih telah di temubual secara mendalam. Borang soal selidik tersebut merangkumi soalan mengenai jenis kenderaan, kekerapan penggunaan, jarak perjalanan harian, dan penggunaan bahan bakar. Temubual pula bertujuan untuk memahami lebih mendalam tentang kesedaran dan amalan responden berkaitan pengurangan jejak karbon. Hasil kajian telah menunjukkan majoriti responden menggunakan kenderaan peribadi dengan purata jarak perjalanan harian yang signifikan, menyumbang kepada pelepasan karbon. Penemuan ini menekankan keperluan untuk memperkenalkan langkah-langkah pengurangan jejak karbon melalui promosi penggunaan kenderaan hijau dan peningkatan kesedaran dalam kalangan komuniti.