Pengurusan sisa elektronik dalam kalangan komuniti Bandar Proton
Keywords:
Sisa Elektronik, Pengetahuan, PengurusanAbstract
Artikel ini berkaitan dengan pengurusan sisa elektronik dalam kalangan komuniti Bandar Proton, dengan tujuan untuk mengukur tahap pengetahuan komuniti terhadap pengurusan sisa elektronik. Selain itu, tujuan kajian ini dilaksanakan ialah untuk mengkaji amalan pengurusan sisa elektronik oleh komuniti Bandar Proton. Kajian ini dilaksanakan dengan menjalankan soal selidik dan temubual di kalangan penduduk Bandar Proton menggunakan persampelan rawak dengan seramai 30 orang responden. Soal selidik atas talian telah mengumpulkan data mengenai responden yang terdiri daripada maklumat peribadi, pengetahuan dan amalan pengurusan sisa elektronik. Data kuantitatif yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan peratusan. Temubual dilakukan dengan seramai 3 orang responden bagi mengetahui amalan pengurusan sisa elektronik. Kajian ini mendapati tahap pengetahuan tentang sisa elektronik di Proton City sederhana, tetapi pengetahuan tentang kitar semula dan lokasi pengumpulan masih kurang. Majoriti penduduk menyimpan sisa elektronik di rumah, dengan hanya 46.7% menghantar ke pusat pengumpulan. Kajian ini mendapati bahawa majoriti penduduk memiliki pengetahuan berkenaan sisa elektronik, namun kurang daripada 60% mengetahui cara dalam menguruskan sisa tersebut. Amalan pengurusan sisa elektronik berada pada tahap yang baik, tetapi perlu ditingkatkan melalui kempen kesedaran untuk memperbaiki pengetahuan dan amalan pengurusan sisa elektronik.