Penggunaan stesen minyak dalam kalangan penduduk Tanjung Malim
Keywords:
pemilihan stesen minyak, faktor pemilihanAbstract
Minyak atau bahan api adalah penting bagi sesebuah kenderaan dan memainkan peranan penting dalam memastikan operasi enjin dapat berfungsi. Namun terdapat kepelbagaian jenis stesen minyak yang disediakan di sekitar kawasan Tanjung Malim. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti stesen minyak yang kerap digunakan oleh penduduk sekitar Tanjung Malim serta faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan stesen minyak tersebut. Antara faktor – faktor yang mempengaruhi pemilihan stesen minyak di sekitar Tanjung Malim ialah dari aspek kualiti perkhidmatan pelanggan yang baik, lokasi yang berdekatan dengan perumahan pengguna, tawaran ganjaran yang tinggi bagi keahlian pengguna, kebersihan fasiliti stesen minyak dan kualiti bahan api yang efisien untuk kegunaan enjin. Rekabentuk kajian adalah kajian kes dan instrumen kajian ini adalah soal selidik yang diedarkan di stesen minyak sekitar Tanjung Malim. Hasil dapatan kajian menunjukkan majoriti responden memilih stesen minyak Petronas sebagai stesen minyak yang kerap digunakan dan didapati faktor kebersihan fasiliti menjadi faktor dominan dalam pemilihan stesen minyak yang digemari. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa kebersihan fasiliti stesen minyak dalam pemilihan stesen minyak oleh pengguna dan hal tersebut sekaligus mampu memberi kesedaran kepada pemilik stesen minyak tersebut untuk menambahbaik dan memastikan fasiliti yang disediakan di stesen minyak tersebut berada dalam keadaan yang bersih dan baik.