Pengaruh penggunaan gajet terhadap kesihatan penduduk Bandar Proton, Perak

Authors

  • Nik Nur Faiqah Nik Asni Jabatan Fizik, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Nor Hafizah Rogimi Jabatan Fizik, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Anis Diyana Halim Jabatan Fizik, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

Gajet, Kesihatan, Nomophobia, Sakit kepala, Obesiti

Abstract

Dalam era digital yang semakin berkembang, penggunaan gajet telah menjadi sebahagian penting daripada kehidupan seharian manusia. Walaupun gajet memberi manfaat yang besar dalam hal penyampaian maklumat, komunikasi, dan keseronokan, penggunaan yang berlebihan dapat mempengaruhi kesihatan secara keseluruhan. Kajian ini adalah bertujuan untuk meneroka penggunaan gajet dan mengetahui kesan penggunaan gajet terhadap kesihatan penduduk Bandar Proton. Kajian ini melibatkan komuniti penduduk Bandar Proton. Kajian adalah berbentuk kajian kes dengan menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik dan instrumen temu bual kepada tiga orang penduduk. Hasil dapatan kajian membuktikan bahawa penggunaan gajet yang tidak terkawal boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif terhadap kesihatan fizikal dan mental. Risiko kesihatan ini dapat diatasi dengan pelaksanaan kempen kesedaran kesihatan digital yang dapat mendidik masyarakat untuk mengamalkan penggunaan gajet secara berhemah. Oleh itu, masyarakat pada hari ini terutamanya penduduk Bandar Proton perlulah mengambil berat tentang penggunaan gajet dalam menjalankan kehidupan seharian supaya dapat mencapai keseimbangan yang sihat antara penggunaan gajet dan gaya hidup yang aktif serta berinteraksi dengan dunia luar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-12-31

How to Cite

Nik Asni, N. N. F., Rogimi, N. H., & Halim, A. D. (2024). Pengaruh penggunaan gajet terhadap kesihatan penduduk Bandar Proton, Perak. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 7(25), 67–76. Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2736