Penggunaan telefon bimbit di kalangan kanak-kanak di kampung Jelempok, Perlis: Satu kajian kes.

Authors

  • Aifaa Nadhirah Amir Wardi Jabatan Fizik, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Anis Syafiqa Zaharaimi Jabatan Fizik, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Anis Diyana Halim Jabatan Fizik, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

penggunaan telefon bimbit, perkembangan, kanak-kanak

Abstract

Penggunaan telefon bimbit pada masa kini dianggap sesuatu yang wajib dimiliki oleh setiap individu tanpa mengira lapisan masyarakat. Kajian ini bertujuan mengetahui tempoh masa penggunaan telefon bimbit dan kesan penggunaannya ke atas kanak-kanak di Kampung Jelempok, Perlis. Seramai 10 orang ibu bapa yang mempunyai anak berusia setahun hingga enam tahun telah menjadi responden kajian. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Hasil dapatan kajian mendapati tempoh masa penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak di Kampung Jelempok melebihi tempoh masa yang sepatutnya. Kajian juga mendapati penggunaan gajet memberi kesan kepada aspek perkembangan sosial dan emosi. Kajian ini mencadangkan perlunya kawalan penggunaan telefon bimbit oleh ibu bapa dan pelaksanaan panduan khusus untuk mengimbangi keperluan hiburan dan pendidikan. Oleh itu, ibu bapa hendaklah memainkan peranan yang penting dalam mengatasi isu penggunaan telefon bimbit dalam kalangan kanak-kanak supaya tidak menyebabkan ketagihan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-12-31

How to Cite

Amir Wardi, A. N., Zaharaimi, A. S., & Halim, A. D. (2024). Penggunaan telefon bimbit di kalangan kanak-kanak di kampung Jelempok, Perlis: Satu kajian kes . Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 7(25), 58–66. Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2735