Pengurusan dan penggunaan sumber tenaga elektrik dalam kalangan pelajar di apartment damiana ke arah kehidupan yang lebih berkualiti: Kajian: kes
Keywords:
Penggunaan tenaga elektrik, Penjimatan tenaga elektrik, Apartment DamianaAbstract
Tenaga elektrik adalah satu keperluan yang amat penting dalam kehidupan. Hal ini kerana, dalam dunia yang serba maju ini, kita semakin bergantung harap kepada sumber tenaga elektrik bagi melaksanakan sebarang aktiviti harian. Tenaga elektrik ini juga merupakan sumber utama dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran dikalangan pelajar universiti. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan sumber tenaga elektrik dalam kalangan pelajar UPSI di Apartment Damiana melalui satu kajian kes. Kajian ini dilaksanakan di daerah Muallim iaitu Apartment Damiana, Proton City. Pengumpulan data juga dilakukan dengan menggunakan instrumen Google Form dan temu bual kepada tiga orang pelajar daripada 50 orang responden kajian. Hasilnya menunjukkan terdapat perbezaan dalam pengurusan tenaga elektrik yang menyumbang kepada penjimatan tenaga elektrik. Oleh itu, usaha yang berterusan perlu dilakukan secara menyeluruh bagi memastikan pengurusan dan penggunaan tenaga elektrik yang lebih efisien sekaligus dapat menjimatkan kos penggunaan tenaga elektrik menerusi penggunaan tenaga yang cekap dan sistematik.