Budaya kitar semula dalam kalangan penduduk Taman Universiti: Kajian kes.
Keywords:
Kitar semula, kesedaran, budaya, cabaranAbstract
Memahami status pengetahuan umum tentang kepentingan budaya kitar semula merupakan langkah penting dalam mengkaji kesedaran dan amalan kitar semula dalam kalangan penduduk Taman Universiti, Tanjong Malim. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pengetahuan, sikap, dan tingkah laku penduduk terhadap budaya kitar semula serta mengenal pasti punca-punca yang mempengaruhinya. Di samping itu, objektif kajian adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan penduduk Taman Universiti, Tanjong Malim terhadap amalan sekitar. Kajian soal selidik telah dilakukan dan diedarkan kepada penduduk di kawasan kajian melalui pautan Google Form. Kaedah kajian ini juga merangkumi kualitatif iaitu secara pemerhatian dan temu bual bersama penduduk sarta kuantitatif iaitu secara soal selidik secara atas talian. Seramai 26 responden telah mengisi pautan tinjauan berkenaan kajian kami ini yang merangkumi kawasan Taman Universiti, Tanjong Malim. Antara faktor-faktor yang menghalang amalan sekitar semula termasuk kurangnya kemudahan kitar semula yang mudah diakses, ketidaktahuan tentang jenis bahan yang boleh dikitar semula serta ketidakselesaan atau kesukaran dalam memisahkan bahan yang boleh dikitar semula. Bukan itu sahaja, pengetahuan tentang cara-cara kitar semula juga adalah ada tahap yang tidak memuaskan dalam kalangan sebilangan penduduk. Ini menyebabkan banyak bahan yang sepatutnya dikitar semula akhirnya dibuang sebagai sisa biasa. Hasil daripada kajian mengenal pasti bahawa kebanyakan responden tidak terlibat dengan program kitar semula. Oleh yang demikian, pihak berkuasa harus mempertimbangkan pendekatan yang sesuai dan holistik demi merealisasikan objektif program kitar semula tertakluk kepada konteks tempatan dan mendorong masyarakat untuk mengubah mentaliti mereka.