Kesedaraan tentang pelakuran nuklear sebagai sumber tenaga dalam kalangan pelajar universiti: Satu kajian kes.
Keywords:
Nuklear, Pelakuran Nuklear, Persepsi, Sumber TenagaAbstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengetahuan dan persepsi pelajar universiti tentang pelakuran nuklear sebagai sumber tenaga. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap dan sumber serta persepsi pelajar universiti terhadap pelakuran nuklear sebagai sumber tenaga. Oleh itu, kaedah kajian kualitatif dengan pendekatan kajian kes telah digunakan. Sampel terdiri daripada tiga pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dapatan daripada kajian menekankan bahawa penggunaan teknologi seperti media sosial mempengaruhi pengetahuan dalam pelakuran nuklear dan pandangan pelajar universiti terhadap teknologi tersebut sebagai sumber tenaga. Pengetahuan serta kesedaran yang tinggi terhadap pelakuran nuklear didapati menjadi faktor pendorong kepada persepsi pelajar universiti. Kesimpulannya, pelbagai pihak seperti institusi pendidikan dan kerajaan harus memanfaatkan perkembangan pemodenan untuk memberi pendedahan tentang pelakuran nuklear dan penggunaannya.