Keberkesanan dan faedah pengasingan kitar semula dalam masyarakat di Taman Universiti: Kajian kes.

Authors

  • Carl Christin Jabatan Fizik, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Nur Adzrinie Shazlin Abd Mobin Jabatan Fizik, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Nur Najihah Mohd Tarmizi Jabatan Fizik, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Siti Nursaila Alias Jabatan Fizik, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

Pengasingan kitar semula, kelestarian alam sekitar, keberkesanan strategi

Abstract

Dengan pencemaran alam yang semakin kritikal akibat sisa buangan merata-rata dan sumber asli yang semakin terhad, pengurusan sisa melalui kitar semula muncul sebagai penyelesaian mampan yang perlu diambil serius. Kajian ini mengkaji keberkesanan strategi pengasingan kitar semula di komuniti bandar dan meneliti manfaatnya terhadap masyarakat serta alam sekitar. Melalui pendekatan kuantitatif dan kualitatif, statistik diperoleh daripada Taman Universiti Tanjong Malim, Perak melalui soal selidik dan wawancara mendalam. Hasil kajian menunjukkan bahawa inisiatif kitar semula yang terancang bukan sahaja meningkatkan kebersihan persekitaran tetapi juga mengurangkan kebergantungan kepada tapak pelupusan sampah yang semakin terhad. Selain itu, kesedaran penduduk mengenai kepentingan kitar semula terbukti tinggi, namun terdapat keperluan mendesak untuk menjalankan kempen Pendidikan yang lebih interaktif. Kesimpulannya, pengasingan kitar semula yang efektif membawa transformasi hijau yang signifikan, mengukuhkan kesejahteraan sosial dan memastikan kelestarian alam sekitar. Strategi inovatif yang berterusan diperlukan untuk mengoptimumkan amalan ini untuk menjadikan kitar semula sebagai sebahagian kepentingan kehidupan komuniti bandar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-12-31

How to Cite

Christin, C., Abd Mobin, N. A. S., Mohd Tarmizi, N. N., & Alias, S. N. (2024). Keberkesanan dan faedah pengasingan kitar semula dalam masyarakat di Taman Universiti: Kajian kes . Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 7(25), 11–19. Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2730