Kesan penggunaan aplikasi simulasi digital phet sebagai alat bantu mengajar fizik di Smk Dato’ Zulkifli Muhammad (SMKDZM): Satu kajian kes

Authors

  • Sfendy Shane Chin Jabatan Fizik, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Rafiq Mohd Radzi Jabatan Fizik, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Anis Diyana Halim Jabatan Fizik, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

Pendidikan, Simulasi Digital, PhET, Fizik Tingkatan Empat

Abstract

Penggunaan simulasi digital merupakan perkara yang tidak asing lagi dalam era pendigitalan pendidikan. Pada mata pelajaran Fizik, simulasi PhET (Physics Education Technology) dibangunkan bagi membantu murid untuk mempelajari konsep Fizik yang abstrak. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesan penggunaan digital simulasi PhET terhadap mata pelajaran Fizik. Kajian ini merupakan kajian kes yang melibatkan seramai tujuh belas orang pelajar Fizik Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Zulkifli Muhammad, Perak. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa kesan signifikan melalui penggunaan simulasi digital PhET dalam pembelajaran.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-12-31

How to Cite

Chin, S. S., Mohd Radzi, R., & Halim, A. D. (2024). Kesan penggunaan aplikasi simulasi digital phet sebagai alat bantu mengajar fizik di Smk Dato’ Zulkifli Muhammad (SMKDZM): Satu kajian kes. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 7(25), 1–10. Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2729