Kesediaan untuk menambah kemahiran teknikal dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Tawau

Authors

  • Mustofa Kamal Achmad Rofi’ie1 Kolej Komuniti Tawau,Kementerian Pendidikan Tinggi

Keywords:

Kemahiran Teknikal, Kesediaan Belajar, Pelajar TVET

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap kesediaan pelajar untuk menambah kemahiran teknikal. Kemahiran teknikal merupakan kemahiran yang sangat penting dan diperlukan dalam setiap industri pekerjaan dan umumnya majikan mencari pekerja yang mempunyai banyak kemahiran untuk meningkatkan prestasi syarikat. Namun begitu, kemahiran yang dipelajari semasa di kolej adalah terhad. Ini disebabkan tempoh masa pembelajaran, ruang, peralatan dan kepakaran pensyarah yang terhad. Sampel kajian adalah dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Tawau dan menggunakan teknik pensampelan rawak. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan 5-skala likat. Analisis yang digunakan adalah analisis deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan pelajar untuk menambah kemahiran teknikal umumnya berada pada tahap sederhana. Walaupun begitu, terdapat keinginan untuk belajar daripada pakar. Pelajar cenderung mempunyai keinginan untuk belajar kemahiran teknikal daripada pakar kerana mereka ingin mendapatkan pengetahuan dan kemahiran yang mendalam serta relevan dengan industri. Pakar bukan sahaja mempunyai pengalaman praktikal yang luas, tetapi juga pemahaman yang mendalam tentang cabaran dan peluang dalam bidang tertentu. Dengan belajar daripada pakar, pelajar dapat menguasai kemahiran teknikal secara langsung dan ini juga membuka peluang untuk jaringan profesional yang boleh membantu dalam pembangunan kerjaya mereka. Kajian tentang kesediaan untuk menambah kemahiran teknikal dalam kalangan pelajar adalah penting kerana ia memberi gambaran tentang tahap kesiapsiagaan generasi muda menghadapi tuntutan pasaran kerja yang semakin kompleks dan berteknologi tinggi. Selain itu, kajian ini juga membantu pembuat dasar dan pihak industri memahami sejauh mana pelajar bersedia untuk memenuhi keperluan industri, serta merancang strategi yang lebih efektif untuk membangunkan modal insan yang berkualiti dan berkemahiran tinggi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-10-15

How to Cite

Rofi’ie1, M. K. A. (2024). Kesediaan untuk menambah kemahiran teknikal dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Tawau. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 7(24), 145–151. Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2669