Kecenderungan pelajar untuk memilih keusahawanan sebagai kerjaya berbanding makan gaji: Kajian ke atas pelajar Kolej Komuniti Tawau

Authors

  • Mustofa Kamal Achmad Rofi’ie Kolej Komuniti Tawau,Kementerian Pendidikan Tinggi

Keywords:

Pilihan Kerjaya, Bidang Keusahawanan, Makan Gaji

Abstract

Banyak cabaran untuk menjadi usahawan yang berjaya bermula daripada  idea, modal sehingga penetapan terhadap  kepada kadar risiko berbanding dengan makan gaji. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kecenderungan pelajar untuk memilih keusahawanan sebagai kerjaya berbanding makan gaji. Sampel kajian adalah seramai 209 pelajar dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Tawau. Teknik pensampelan yang digunakan adalah secara rawak. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik dengan 5-skala likat. Analisis yang digunakan adalah analisis deskriptif untuk mendapatkan skor min bagi item kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti responden mempunyai persepsi yang positif terhadap bekerja dengan majikan kerana menganggap pekerjaan makan gaji sebagai pilihan yang stabil. Namun begitu majoriti responden juga mempunyai kecenderungan untuk menceburi kerjaya dalam bidang keusahawanan. Kajian ini menyarankan agar lebih banyak sokongan dan pendedahan terhadap keusahawanan disediakan bagi meningkatkan keyakinan dan keupayaan pelajar untuk memulakan perniagaan sendiri.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-10-15

How to Cite

Rofi’ie, M. K. A. (2024). Kecenderungan pelajar untuk memilih keusahawanan sebagai kerjaya berbanding makan gaji: Kajian ke atas pelajar Kolej Komuniti Tawau. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 7(24), 138–144. Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2668