Tekanan kerja dan strategi menangani tekanan dalam kalangan anggota kesihatan di fasiliti kesihatan daerah Kemaman

Job stress and coping strategy among healthcare workers in health facilities in Kemaman Distreet

Authors

  • Maisarah Mohamed Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Maaysia (UKM), Malaysia,
  • Nur Shakila Mazalan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Maaysia (UKM), Malaysia,

Keywords:

Tekanan Kerja, Strategi Menangani Tekanan, Anggota Kesihatan, Implikasi Tekanan

Abstract

Tekanan pekerjaan merupakan kebimbangan bagi kedua-dua pekerja dan majikan. Kemudaratan yang disebabkan tekanan memberi kesan ketara dalam kehidupan dan kerja seharian yang menyebabkan strategi menangani tekanan diperlukan untuk menghadkan tekanan. Sehubungan dengan itu kajian ini bertujuan menentukan tahap tekanan kerja dan mengenalpasti hubungan antara tekanan kerja dan strategi menangani. Pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan diaplikasikan kepada 120 orang anggota kesihatan yang bekerja di fasiliti kesihatan di daerah Kemaman dengan menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Instrumen ini diadaptasi daripada soal selidik Perceived Stress Scale yang dibangunkan oleh Maslach (1983) yang mempunyai 10 item dan Brief-COPE Scale yang menpunyai 28 item dan 14 subskala. Dapatan kajian menunjukkan tahap tekanan yang tinggi dalam kalangan anggota manakala kolerasi menunjukkan hubungan linear positif yang kuat antara tekanan kerja dan strategi menangani tekanan. Kajian ini memberi implikasi praktikal terhadap organisasi dalam membangunkan program-program dengan mengaplikasi strategi menangani tekanan seperti memendekkan waktu bekerja lebih masa dan program sokongan dalam menurunkan tahap tekanan kerja dalam kalangan anggota kesihatan. Penemuan ini mencetuskan idea dalam menangani tekanan kerja yang dirasakan menjadi punca kepada penurunan kesejahteraan sejagat seterusnya mengubah pendekatan negatif menjadi positif dengan pengubahsuaian dalam strategi menangani tekanan

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-10-15

How to Cite

Mohamed, M., & Mazalan, N. S. (2024). Tekanan kerja dan strategi menangani tekanan dalam kalangan anggota kesihatan di fasiliti kesihatan daerah Kemaman: Job stress and coping strategy among healthcare workers in health facilities in Kemaman Distreet . Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 7(24), 111–129. Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2639