Kesedaran dan amalan pengurusan tenaga elektrik: Kajian kes pelajar di Taman Bahtera

Awareness and practices of electrical energy management: A case study of students in Taman Bahtera

Authors

  • Nur Farzana Mohd Ithanin Jabatan Fizik, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Nor Elmi Shuhada Ashemi Jabatan Fizik, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Nur Liyana Mohd Nasarudin Jabatan Fizik, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Siti Nursaila Alias Jabatan Fizik, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

Tenaga elektrik, penggunaan tenaga elektrik, punca pembaziran

Abstract

Tenaga elektrik merupakan sumber tenaga utama dalam kalangan pelajar universiti untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, mewujudkan jaringan internet dan memudahkan aksesibiliti pembelajaran di tempat kediaman. Pengurusan penggunaan tenaga elektrik yang berkesan adalah penting bagi mengelakkan kenaikan tarif bil elektrik yang tinggi serta menjimatkan kos perbelanjaan. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti corak pengurusan tenaga elektrik dalam kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris di tempat kediaman tumpuan pelajar yang terletak di Taman Bahtera. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan soal selidik atas talian (Google Forms) serta pendekatan kualitatif melalui temubual atas talian (Google Meet). Data kajian dikumpulkan berdasarkan perbandingan penggunaan bil elektrik pada bulan Februari 2024 dengan bulan-bulan yang lepas dan dianalisis secara deskriptif untuk melengkapkan transkrip. Hasil kajian ini mendapati bahawa corak penggunaan bekalan tenaga elektrik, punca yang menyumbang kepada pembaziran serta langkah  menghindari pembaziran dapat dikenalpasti.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-10-15

How to Cite

Mohd Ithanin, N. F., Ashemi, N. E. S., Mohd Nasarudin, N. L., & Alias, S. N. (2024). Kesedaran dan amalan pengurusan tenaga elektrik: Kajian kes pelajar di Taman Bahtera: Awareness and practices of electrical energy management: A case study of students in Taman Bahtera. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 7(24), 94–101. Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2627