Motivasi dan kepuasan pelajar tahun Satu dalam Subjek Kreatif,Aktiviti dan Perkhidmatan (CAS) di Kolej MARA Banting

Motivation and satisfaction year one student in doing Creativity, Activity and Service (CAS) subject at Kolej Mara Banting

Authors

  • Wan Hafizi W Kamaluddin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia,
  • Nur Shakila Mazalan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia,
  • Shahlan Surat Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia,

Keywords:

Motivasi, Kepuasan, Subjek CAS, International Baccalaurate

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti motivasi dan kepuasan pelajar tahun satu dalam subjek CAS di Kolej MARA Banting. Kajian ini juga mengkaji hubungan antara motivasi dan kepuasan di dalam aktiviti yang berkaitan dangan subjek CAS. Reka bentuk kaedah tinjauan digunakan dalam kajian ini. Instrument yang digunakan ialah borang soal selidik digunakan bagi mengkaji faktor motivasi yang diadaptasi oleh (Luc G. Pelletier et.al., 1995) dan manakala soal selidik mengenai kepuasan pelajar yang telah dibina oleh (Riemer dan Chelladurai, 1998) bagi mengkaji tahap kepuasan pelajar tahun satu dalam subjek CAS di Kolej MARA Banting. Borang soal selidik diedar melalui atas talian. Seramai 256 responden dipilih menggunakan persempelan rawak mudah bersistematik yang terdiri daripada pelajar tahun satu Kolej MARA Banting. Analisis min, sisihan piawai dan korelasi Pearson digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan ‘penglibatan dalam program CAS adalah salah satu cara yang bermanfaat untuk belajar banyak perkara dalam kehidupan seharian” mencatatkan min yang tertinggi dengan 4.57 dan sisihan piawai adalah 0.628.  Secara keseluruhannya responden bersetuju dan berada pada tahap tinggi terhadap motivasi dengan min 4.226 dan sisihan piawai adalah 0.571. Seterusnya, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa, kerjasama berpasukan adalah sangat penting dalam program CAS mencatatkan min yang tertinggi dengan 4.832 dan sisihan piawai adalah 0.441.  Berpandukan kepada dapatan hasil kajian secara keseluruhannya responden bersetuju dan berada pada tahap tinggi terhadap kepuasan kerja dengan min 4.546 dan sisihan piawai adalah 0.517. Analisis korelasi Pearson bagi kepuasan kerja menunjukkan hubungan positif yang sederhana dan signifikan dengan motivasi (r=0.672, p=0.000). Oleh itu, terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi dan kepuasan kerja.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-10-15

How to Cite

W Kamaluddin, W. H., Mazalan, N. S., & Surat, S. (2024). Motivasi dan kepuasan pelajar tahun Satu dalam Subjek Kreatif,Aktiviti dan Perkhidmatan (CAS) di Kolej MARA Banting: Motivation and satisfaction year one student in doing Creativity, Activity and Service (CAS) subject at Kolej Mara Banting. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 7(24), 76–93. Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2625