Kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran berkesan bagi murid berkeperluan pendidikan khas di sebuah sekolah di daerah Pendang, Kedah

Effective teaching and learning methods and strategies for students with special educational needs in a school in Pendang District, Kedah

Authors

  • Nurhanna Syahira Harun1 Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Malaysia,
  • Maisarah Mohamad Zaki Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Malaysia,
  • Nur Ain Aqilah Mohd Royani Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Malaysia,
  • Dr. Siti Nursaila Alias Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Malaysia,

Keywords:

pendidikan inklusif, strategi pengajaran, teknologi bantu, murid berkeperluan pendidikan khas, penyesuaian kurikulum

Abstract

Pendidikan inklusif adalah satu bidang pendidikan yang berkaitan dengan kaedah, teknik dan penyelidikan yang memfokuskan ke arah pengurusan pembelajaran yang baik dan mematuhi kehendak-kehendak khas. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) berkesan bagi murid berkeperluan pendidikan khas di sebuah sekolah di daerah Pendang, Kedah. Pendekatan kualitatif digunakan dengan kaedah kajian kes melibatkan temu bual dengan guru serta analisis aktiviti pengajaran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah PdP yang berkesan bagi murid berkeperluan pendidikan khas melibatkan penyesuaian kurikulum, penggunaan teknologi bantu, dan strategi yang pelbagai. Kajian ini juga telah mendapati bahawa sokongan dan kerjasama ibu bapa juga memainkan peranan penting bagi memastikan penyampaian PdP itu dapat dijayakan. Guru yang kreatif, fleksibel dan inovatif dalam pengajaran juga cenderung untuk mendapat hasil yang positif. Kesimpulannya, pengajaran yang berkesan bagi murid berkeperluan pendidikan khas memerlukan pendekatan holistik dan inklusif yang menggabungkan strategi pengajaran yang pelbagai dan penyesuaian kurikulum.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-10-15

How to Cite

Harun1, N. S., Mohamad Zaki, M., Mohd Royani, N. A. A., & Alias, D. S. N. (2024). Kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran berkesan bagi murid berkeperluan pendidikan khas di sebuah sekolah di daerah Pendang, Kedah: Effective teaching and learning methods and strategies for students with special educational needs in a school in Pendang District, Kedah. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 7(24), 64–75. Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2624