Kajian Campuran Sisa Besi Sebagai Bahan Tambah Dalam Bancuhan Konkrit

Study of iron waste mixture as an additive in concrete mixture

Authors

  • Nor Abidah Abdul Hamid Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Kota Bharu, 16450 Ketereh, Kelantan, Malaysia
  • Nik Noorafieda Wan Azraen Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Kota Bharu, 16450 Ketereh, Kelantan, Malaysia
  • Alif Daniel Azman Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Kota Bharu, 16450 Ketereh, Kelantan, Malaysia

Keywords:

sisa besi, bahan tambah, bancuhan konkrit

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menguji kebolehkerjaan konkrit, mengukur kadar resapan air pada konkrit seterusnya mengkaji kekuatan mampatan konkrit setelah ditambah dengan sisa besi. Konkrit dibancuh menggunakan kiub bersaiz 150 mm x 150 mm x 150 mm mengikut nisbah 1:2:4 (G20). Seterusnya sisa besi berukuran 5 mm ditambah ke dalam bancuhan tersebut dengan peratusan sebanyak 1%, 3% dan 5% dari jumlah isipadu bancuhan konkrit. Sebanyak 24 sampel dihasilkan melibatkan 6 sampel kawalan dan 18 sampel ujikaji. Data kekuatan mampatan diambil pada hari ke-7 dan hari ke-28. Data yang diperolehi dianalisis dan perbandingan dari segi kebolehkerjaan, kadar resapan air dan kekuatan mampatan antara sampel konkrit dengan sisa besi dan sampel konkrit kawalan direkodkan. Ujian Penurunan yang dilakukan menunjukkan konkrit dengan sisa besi mengalami runtuhan ricih iaitu konkrit dengan kebolehkerjaan yang rendah. Perekodan terhadap Ujian Resapan Air pula menunjukkan konkrit dengan sisa besi menyerap air lebih sedikit berbanding konkrit kawalan. Manakala analisa terhadap kekuatan mampatan pula mendapati kekuatan konkrit dengan sisa besi lebih rendah daripada konkrit kawalan. Oleh yang demikian, berdasarkan analisa data yang dilakukan, didapati sisa besi bersaiz 5 mm kurang sesuai digunakan sebagai bahan tambah dalam bancuhan konkrit. Ini kerana penggunaan sisa besi bersaiz 5 mm menyebabkan konkrit menjadi lebih berat dan kurang lekatan seterusnya menyebabkan kebolehkerjaan konkrit menjadi rendah. Manakala bagi kadar resapan air pula, konkrit dengan sisa besi menyerap air lebih sedikit seterusnya dapat mengurangkan kewujudan rongga udara dalam konkrit. Konkrit dengan sisa besi pula mempunyai kekuatan yang lebih rendah kerana saiz sisa besi yang besar dan tidak sesuai telah mempengaruhi lekatan dalam bancuhan konkrit menyebabkan berlakunya penurunan dalam kekuatan konkrit pada hari ke-28. Bagi kajian akan datang, dicadangkan agar sisa besi bersaiz lebih kecil digunakan bagi mengurangkan berat konkrit seterusnya meningkatkan kebolehkerjaan dan kekuatan konkrit

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-10-15

How to Cite

Abdul Hamid, N. A., Wan Azraen, N. N., & Azman, A. D. (2024). Kajian Campuran Sisa Besi Sebagai Bahan Tambah Dalam Bancuhan Konkrit: Study of iron waste mixture as an additive in concrete mixture. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 7(24), 26–38. Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2602