Kajian terhadap pokok paku pakis (Stenoclaena Palustris) sebagai ejen penstabilan logam berat dalam air sumber telaga jejari di Politeknik Kota Bharu.

Study on the stenoclaena palustris fern as a heavy metal stabilization agent in well water at Politeknik Kota Bharu

Authors

  • Che Din Ismail Department of Civil Engineering, Polytechnic Kota Bharu.
  • Mohd Sobri Hassan Department of Civil Engineering, Polytechnic Kota Bharu.
  • Farawaheeda Rashid Department of Civil Engineering, Polytechnic Kota Bharu

Keywords:

stenoclaena palustris, logam berat, paku pakis

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai potensi pokok paku pakis Stenoclaena Palustris sebagai ejen penstabilan logam berat dalam sumber air. Logam berat, seperti aluminium (Al), zink (Zn), Cuprum (Cu) dan lain-lain telah dikenal pasti sebagai pencemar serius dan tidak mampu dilihat dengan mata kasar. Lebihan logam-logam ini memberi kesan negatif terhadap kualiti air dan kesihatan ekosistem sekaligus menjadi punca kepada berbagai penyakit. Lebih merumitkan,ianya memberi kesan dalam jangka masa yang panjang dan sukar disingkirkan dari sistem imunisasi badan. Logam-logam ini dipilih untuk pensampelan berdasarkan keupayaan reagent-reagent ujikaji yang terdapat di Makmal Kaji Air Politeknik Kota Bharu. Sampel air dipungut dari sumber air telaga jejari Politeknik Kota Bharu memandangkan ianya sumber air bawah tanah dan berpotensi mengandungi kandungan logam yang tinggi. Kajian ini menggunakan pendekatan eksperimen dengan kaedah menganalisis nilai kandungan logam dalam air sampel sebelum dan selepas dirawat. Pengukuran telah dibuat dalam sela masa yang agak lama kerana mekanisma rawatan ini bergantung sepenuhnya kepada keaktifan dan kesuburan pokok paku pakis yang terpilih. Berdasarkan keputusan pengukuran awal dalam air sampel,kepekatan aluminium (Al) menunjukkan bacaan “overange”dimana nilainya melebihi 0.8 mg/l,manakala kuprum (Cu) 0.035 mg/l dan ferum 0.08 mg/l. Selepas menjalani rawatan selama lebih kurang 2 bulan air sampel diuji menunjukkan kandungan aluminium menurun kepada 0.062 mg/l, Kumprum 0.01dan ferum 0.06 mg/l. Berpandukan kepada keputusan ini, Stenoclaena Palustris terbukti mampu menyerap dan mengurangkan kepekatan logam berat dalam sampel air. Mekanisma penstabilan ini berkemungkinan melibatkan penyerapan logam berat oleh struktur akar untuk kegunaan daun dan batang paku pakis serta proses biokimia yang berkaitan. Kajian ini juga mencadangkan bahawa Stenoclaena. Palustris ini boleh dikomersilkan menjadi tanaman hiasan sekitar sumber air kerana ianya berkesan dalam kaedah pengurusan dan penstabilan logam berat dalam sumber air. Spesis paku pakis ini juga sangat mudah membiak dan sangat kebal terhadap suhu tinggi dari sinar matahari. Penemuan ini membuka ruang dan kemungkinan terhadap penggunaan Stenoclaena Palustris sebagai alternatif kepada kaedah pengurangan pencemaran air serta pemulihan kawasan yang tercemar oleh logam berat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-10-15

How to Cite

Ismail , C. D., Hassan , M. S., & Rashid , F. (2024). Kajian terhadap pokok paku pakis (Stenoclaena Palustris) sebagai ejen penstabilan logam berat dalam air sumber telaga jejari di Politeknik Kota Bharu. : Study on the stenoclaena palustris fern as a heavy metal stabilization agent in well water at Politeknik Kota Bharu . Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 7(24), 17–25. Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2596